GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Perhimpunan pembangkang tidak jejas pelaksanaan GST, kata Ahmad Maslan

APRIL 26, 2014
Pembangkang merancang perhimpunan bantahan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) awal bulan depan di Kuala Lumpur. Gambar fail.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata perhimpunan yang dirancang pembangkang bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) awal bulan depan di Kuala Lumpur tidak menjejaskan pelaksanaan cukai itu pada 1 April 2015.

Beliau berkata, perhimpunan itu tidak akan memberi kesan kepada kerajaan untuk terus berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

"GST satu-satunya percukaian yang lebih adil dan telus setelah kerajaan memikirkan selama 30 tahun untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa di Pasir Puteh, hari ini.

Ahmad diminta mengulas rancangan pembangkang mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di ibu negara awal bulan depan bagi membantah pelaksanaan CBP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentang Belanjawan 2014 pada Oktober tahun lalu mengumumkan cukai tunggal GST pada kadar 6% akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16%.

Ahmad berkata, harga barangan tidak mungkin naik selepas pelaksanaan GST kerana kerajaan hanya akan mengenakan cukai pada kadar 6%.

Beliau berkata, rakyat berpendapatan rendah tidak perlu bimbang kerana GST tidak dikenakan ke atas barangan asas seperti beras, sayur, ikan, daging, pengangkutan awam, rumah kediaman, pendidikan, kesihatan dan makanan laut.

Pada asasnya, cukai itu lebih banyak dikenakan terhadap golongan berpendapatan tinggi dan pungutan akan dikembalikan kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah seperti menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Ahmad berkata, perhimpunan yang dirancang bertentangan dengan janji pembangkang sebelum ini di Parlimen mereka tidak akan menghalang pelaksanaan GST.

Katanya, hasil penerangan berkaitan GST oleh kerajaan sebelum ini mendapati sebilangan besar rakyat sudah memahami serta mula menerimanya dan mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang. – Bernama, 26 April, 2014.

No comments:

Post a Comment