GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Kaji mekanisme sejajar GST


Publication: HM
Date of publication: May 3, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 023

Georgetown: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menjalankan kajian mengenai mekanisme terbaru berhubung tindakan penguatkuasaan sesuai terhadap mana-mana individu yang cuba mengaut keuntungan dengan mudah.

Mekanisme terbaru itu perlu dilakukan sejajar dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikuatkuasakan mulai tahun depan supaya tiada pengusaha cuba mengaut keuntungan mudah dan tidak munasabah.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata, kajian itu amat perlu bagi memastikan setiap peniaga mematuhi arahan ditetapkan KPDNKK mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta dan tidak menaikkan harga secara melampau atau sesuka hati.

Beliau berkata, sekiranya sabit kesalahan bagi individu yang melakukan kesalahan pertama boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala kesalahan berikutnya boleh didenda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Bagi syarikat pula, sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 manakala untuk kesalahan seterusnya denda sehingga RM1 juta boleh dikenakan.

"Mekanisme terbaru itu adalah satu anjakan dalam mengenal pasti mana-mana pengusaha yang menyeleweng dan tindakan penguatkuasaan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada demi melindungi hak pengguna.

"Ia turut membabitkan pemantauan harga, caj maksimum, minimum atau tetap bagi barangan dan perkhidmatan serta setiap rangkaian pembekalan daripada peringkat pengeluar sehingga peruncit," katanya ketika mengadakan lawatan dan merasmikan Kempen Penurunan Harga di Pasaraya Sunshine Square, Bayan Baru di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri Abdul Rozik Yakub dan Pengarah Amanjaya Sdn Bhd Datuk Abdul Rafique Abdul Karim.

Alis berkata, bagi memastikan mekanisme berkenaan berjaya, Kempen Penurunan Harga dilaksanakan sejak Januari lalu dan sehingga kini disertai 400 pasar raya membabitkan 4,000 jenis produk keperluan harian terutama makanan segar, sejuk beku dan makanan kering.

"KPDNKK turut mewujudkan jaringan kerjasama dengan 20 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sejak Febuari lalu bagi membantu KPDNKK melaksanakan tanggungjawab mendidik pengguna secara lebih efektif.

"Kempen ini sudah memasuki fasa kedua dan ia berjaya menarik 38,000 golongan sasar yang terbabit menerusi pelbagai program termasuk kempen, ceramah kesedaran dan bengkel pengurusan kewangan.

No comments:

Post a Comment