GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

JKKK perlu bantu beri penerangan berkenaan GST


5 Mei 2014

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata JKKK yang sentiasa bersama-sama masyarakat dan akar umbi perlu memberikan penerangan tersebut supaya rakyat tidak mudah dikelirukan pembangkang.

"Rakyat perlu diberikan penjelasan agar mereka faham apa sebenarnya cukai GST dan tidak mudah dibohongi pembangkang yang sengaja membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis jamuan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Maran di sini hari ini.

Beliau berkata, pakar ekonomi telah memperakui bahawa GST pada kadar 6 peratus tidak akan membebankan rakyat dan telah dilaksanakan di 165 buah negara.

"GST jauh lebih murah berbanding dengan cukai semasa (cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebanyak 16 peratus) yang dilaksanakan ketika ini," katanya.

Ismail yang juga Ketua Umno Bahagian Maran berkata Umno bahagian itu juga akan turun padang untuk memberi penerangan kepada anggota Umno tentang GST bagi memastikan mereka benar-benar faham dan mudah untuk menerangkannya kepada rakyat. - Bernama

No comments:

Post a Comment