GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Yakin GST beri manfaat


Publication: MA
Date of publication: May 4, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 029

Shah Alam: Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjelang 1 April 2015 kerana yakin sistem percukaian itu memberi manfaat kepada negara dan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan GST bukan dibuat sewenang-wenangnya dan keputusan kerajaan dibuat selepas kajian terperinci diambil kira daripada pelbagai sudut.

Menurutnya, 160 negara yang masing-masing mempunyai menteri kewangan dan pakar ekonomi melaksanakan GST terlebih dulu sebelum Malaysia, dan sistem percukaian itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

"GST yang pertama dilaksanakan pada 1954 di Perancis iaitu sejak negara kita belum merdeka. NamunGST yang akan dilaksanakan kelak akan menggunakan GST model Malaysia kerana setiap negara mempunyai sistem berbeza.

"Prinsip peratusan tertentu cukai penggunaan adalah serupa, namun yang berbeza adalah kita banyak pengecualian dan kadar sifar untuk perkara tertentu dan ia membezakan sistem percukaian antara Malaysia dan negara lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri Wacana Penerangan UMNO Selangor, di sini, semalam.

Beliau berkata, pelaksanaan GST bertujuan memperbaiki sistem percukaian supaya lebih telus, berkesan dan cekap serta mampu meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.

Katanya, jurang pendapatan yang ketara di antara rakyat tidak mendatangkan masalah kerana GSTsebenarnya turut dipraktikkan oleh negara miskin dan maju.

No comments:

Post a Comment