GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Bukan suara seluruh rakyat


Publication: HM
Date of publication: May 3, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 023
Byline / Author: Oleh Nur Ain Musdad

Melaka: Perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kelmarin, disifatkan sebagai satu tindakan terdesak pihak tertentu.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, perhimpunan itu tidak melambangkan pendapatan sebenar semua rakyat di negara ini berhubung pelaksanaan cukai berkenaan.

"Perhimpunan ini sebagai tanda protes atas apa yang berlaku terhadap ketua mereka, saya yakin ia didorong oleh tindakan emosi tidak terkawal oleh sekumpulan manusia.

"Mereka kononnya mengetahui apa bakal berlaku di negara kita. Saya percaya perhimpunan tidak membayangkan keseluruhan suara rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) 1976 sempena ulang tahun ke-38 program itu di Seri Bendahara, di sini, semalam.

SSEAYP adalah program yang menghimpunkan belia dari enam negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Jepun di atas kapal selama 60 hari dengan mengikuti bengkel, seminar, forum dan aktiviti kebudayaan.

Idris berkata, beliau turut yakin perhimpunan itu juga sebagai langkah untuk mengikis sokongan pemimpin negara luar terhadap kerajaan Malaysia yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sendiri mengakui banyak perkara dipelajari dari Malaysia dan mengiktiraf kepemimpinan Perdana Menteri sebagai pemimpin berkaliber.

"Mungkin mereka tahu populariti Perdana Menteri meningkat (selepas kejayaan lawatan Obama), jadi mereka adakan perhimpunan terdesak atau ganas supaya dapat mencemarkan keamanan," katanya.

No comments:

Post a Comment