GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, July 16, 2010

GST: Siapa perlu wajib daftar


ARKIB : 15/07/2010


KUALA LUMPUR 14 Julai - Hanya syarikat yang meraih perolehan melebihi RM500,000 setahun akan diwajibkan mendaftar untuk membolehkan mereka mengena dan mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Pengarah Tricor Tax Services Sdn. Bhd., Robin Chia berkata, hanya syarikat yang mendaftar sahaja layak untuk mengena dan mengutip GST daripada para pelanggan.

"Selepas mendaftar, syarikat itu perlu mengenakan GST pada setiap barangan atau perkhidmatan mereka,
''Kutipan GST yang dibuat perlu dipulangkan kepada kerajaan sama ada pada setiap bulan atau setiap suku tahun ataupun setahun sekali," kata Chia selepas membentangkan kertas kerja di Seminar Cukai Barangan dan Perkhidmatan di sini.

Bagi memastikan cukai berkenaan tidak disalah gunakan, syarikat mesti melapor dan membayar kepada kerajaan setiap GST yang dikenakan pada setiap jualan, selain menuntut cukai itu bagi produk atau perkhidmatan yang dibeli dengan menyediakan invois yang sah.

Bagaimanapun, Chia yang tidak mengulas lanjut berkata, terdapat juga individu dan syarikat individu yang perlu mendaftar GST yang mana mereka akan dimaklumkan dan perlu memohon untuk mendaftar dalam tempoh 28 hari sebelum akhir bulan.

Katanya, prapendaftaran perlu dibuat tiga bulan sebelum GST dilaksanakan.

Meskipun bacaan kali kedua rang undang-undang GST ditangguhkan tetapi sesi penerangan mengenainya sedang giat dijalankan oleh kerajaan dan pemain industri bagi memastikan semua rakyat mendapat maklumat yang jelas mengenai cukai baru ini.

Menurut Chia, kerajaan memerlukan masa yang mencukupi untuk mengkaji dengan lebih mendalam sama ada GST yang bakal diperkenalkan ini mesra rakyat atau sebaliknya.

Beliau berkata, kerajaan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan GST dapat dilaksanakan.

" Keputusan sama ada GST dilaksanakan atau tidak terserah kepada kerajaan. Tetapi kita dapat lihat kerajaan sangat komited untuk melaksanakan GST, antaranya peruntukan sebanyak RM222 juta yang diumum Perdana Menteri, katanya.

Menurut Chia, penangguhan pelaksanaan GST memberi lebih masa kepada kerajaan untuk memberi penerangan kepada rakyat sebelum melaksanakannya.

" Bagi syarikat-syarikat besar, mereka faham kepentingan GST, tambahan pula syarikat-syarikat multinasional, mereka sudah biasa membayar GST. Cuma bagi rakyat biasa, mereka mungkin agak sukar memahami faedah GST kepada mereka," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0715&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm#ixzz2WRouxr2x
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, July 14, 2010

RM222j diperuntukkan sebagai kos permulaan laksana GST


ARKIB : 13/07/2010


KUALA LUMPUR 13 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM222 juta diperuntukkan sebagai kos permulaan bagi melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk memastikan sistem itu dapat dilaksanakan di Malaysia dengan lancar, teratur dan berkesan.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, berkata, peruntukan itu meliputi kos pembangunan sistem perkomputeran GST sebanyak RM139 juta dan tambahan kos operasi kepada agensi pelaksana GST iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebanyak RM83 juta.

"Kos penyelenggaraan bagi setiap tahun dianggarkan sebanyak RM8.5 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Nie Ching bertanya mengenai anggaran kos yang perlu ditanggung oleh kerjaan untuk lima tahun pertama dalam pelaksanaan GST termasuk kos pembangunan sistem, kos penyelenggaraan dan kos operasi. – Bernama

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0713&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm#ixzz2WRocbAmI
© Utusan Melayu (M) Bhd