31 MEI — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan memastikan had hutang Malaysia tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sebagai strategi pengurusan berhemat dalam mengurus kewangan negara.
“Tahun lepas, defisit fiskal berada pada kedudukan 4.8 peratus KDNK berbanding 5.0 peratus,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan dasar pada persidangan “Invest Malaysia 2012″ di sini.
Kerajaan juga mengambil langkah mengurangkan defisit fiskal, selari dengan komitmen untuk memastikan pertumbuhan, katanya.
Saya kira sudah acapkali PM mambuat kenyataan saperti ini. Kali ini saya ingin bukan sahaja bertanya tetapi mencabar PM yang juga menteri kewangan ini... berapakah hutang negara yang sbenarnya kalau ia belum lagi mencecah 55 peratus KNDK?
Di parlimen soalan saya tentang hutang kerajaan Pusat dijelaskan adalah RM456.1 bilion atau 53.5 peratus KDNK. Namun hutang yang dijamin oleh Kerajaan Pusat yang dipinjam oleh 2 badan berkanun dan 26 syarikat kaitan kerajaan (GLCs) ialah pada paras RM116.76 bilion pada hujung Disember 2011.
Kesemua hutang ini akan menjadi hutang Kerajaan Pusat seandainya mereka gagal membayar pinjaman yang dibuat. Kesemua ini menjadi “Contingent Liability” atau Hutang Kerajaan Pusat juga seandainya peminjam gagal bayar hutang mereka.
Saya cabar PM nyatakan sekarang berapa banyak hutang-hutang ini yang telah menjadi hutang kerajaan Pusat sebab tak dibayar peminjamnya termasuk hutang oleh Syarikat Perumahan Nasional Berhad (RM9.1 bilion), PTPTN (RM19.1 bilion), termasuk yang dipinjam oleh MAS,1-MD, Sime Darby dan sebagainya?