GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 4, 2012

PM: Strong domestic economy will be a cushion against volatility


Published: Wednesday October 3, 2012 MYT 12:00:00 AM 
Updated: Sunday June 2, 2013 MYT 2:00:30 PM

KUALA LUMPUR: The government's continuing quest to build a strong domestic economy is crucial to ensure sustainable growth and cushion the nation against downside risks due to the volatile global economy, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said Wednesday.

He said that creating a stronger domestic economy and consolidating subsidies were among pivotal thrusts of the government as evidenced by proposals made in the 2013 Budget.

"There is always a downside risk of the external environment to the local economy for which pro-active steps should be taken to address them.

"It is not within our control. The external global economy is beyond us, you're absolutely right and we have to take that into account," said Najib, who is also Finance Minister.

He was responding to a question about the impact of the external environment on Malaysia which has shown good economic growth numbers, increased foreign direct investments (FDIs) and ringgit appreciation.

"We are trying to develop, first of all, a very strong domestic economy that will persevere and the engine of growth will come from the domestic economy," he said during a pre-recording of the CNBC Conversation programme here on Wednesday anchored by Martin Soong.

"That is why we have done everything that is possible to encourage business and facilitate domestic investments in this country," Najib said.

Getting a fresh mandate in the upcoming general election was crucial to ensure the continuity of the Economic Transformation Programme (ETP) and Malaysia achieving its high-income nation status, he said.

Through implementation of projects under the ETP, Malaysia would be able to reduce the country's dependency on resources like oil as the major source of revenue while developing other sectors that can generate new revenues, he said.

Besides diversifying the income stream for the country, Najib said that it was important to rationalise subsidies and deliver targeted subsidies to certain groups.

He said that it would not be right to raise prices of subsidised items just after getting a mandate for the next five years as the people might question the government's sincerity.

Measures to lower subsidies and raise prices for subsidised goods were the correct steps to take which should be beneficial to the people in the long run.

"The key is targeted subsidies.

"There's a lot of leakages in the system and you've got to plug these holes. You need to tell people that what is good for them (and) what is good for the country, is by focusing on targeted subsidies," he said when he was asked if reducing subsidies and implementing Goods and Services Tax (GST) would be priorities once Barisan Nasional wins the election.

Najib also pointed out the importance of having free trade agreements on the back of global uncertainties and strengthening trade relations between Asean countries and East Asian countries to build a strong domestic economy.

STA to organise GST awareness training for forest, timber industry

Posted on October 3, 2012, Wednesday

KUCHING: The Sarawak Timber Association (STA) will organise two parallel sessions to create awareness and training on the Goods and Services Tax (GST) for its members.

According to the group in a press release yesterday, the objective of these sessions is to aid the government to create awareness on the GST and to fully ensure that members of the STA fully understands the tax before it is implemented.

Back in 2005, the government had announced its intention to replace the current sales and services tax with GST which was supposed to take effect on January 1, 2007 but was subsequently deferred. This deferral is to allow the government to further engage the people, businesses and society to ensure that this GST is well-received by the rakyat and businesses before implementation.

After a careful study of the Discussion Paper on GST for Malaysia, STA submitted its Memorandum on GST for the forest and timber industry in Sarawak to the Tax Review Panel in 2006.

The association believed that the implementation of the GST would leave a significant impact on the operation costs against the basic principle of a GST regime where GST is merely a flow through cost to the businesses of the forest and timber industry.

“Since the submission of the Memorandum, STA has worked very closely with TRP on the development of the GST legislation and industry-specific guidelines in areas for the forestry and timber industry of the state,” it said in its press release.

“Through several discussions as well as joint discussions with other related industries, the TRP has resolved and agreed to most of the identified concerns and issues and GST proposals contained in the STA Memorandum.” The awareness training will be carried out by experienced Customs Officers from the Royal Malaysian Customs Department, Putrajaya which is the agency in charge of implementing GST.

The training will provide an overview of the tax and cover topics on five draft guidelines made available to STA.

The association will be in Bintulu and Miri on October 15 and 16 for the sessions, and will move on to Kuching and Sibu on October 18 and 19.

STA will offer the training sessions free of charge to members of the public on a first come, first served basis due to limited availability of space.

Members of the public who are interested can contact STA at 082-332222.


Wednesday, October 3, 2012

PRU13: PR cabar BN bawa GST kepada rakyat buat pilihan


WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Oktober 2012


Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mahu Barisan Nasional (BN) membawa dasar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang hendak diperkenalkan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk menentukan sama ada ia mendapat sokongan atau tidak.
Kata pemimpin-pemimpin PR, rakyat harus diberi pilihan sama ada menerima GST BN atau perikatan mereka yang menolak GST.
"Barisan Nasional patut mengangkat isu GST dan membawanya ke PRU yang akan datang dan tanyakan sendiri kepada rakyat Malaysia sama ada mereka akan memilih sebuah Malaysia yang kotor dengan GST, ataupun yang disarankan Pakatan Rakyat: sebuah Malaysia yang bersih tanpa GST," kata tiga pemimpin PR dalam satu kenyataan hari ini.
Menerusi satu kenyataan media bersama yang dihantar hari ini, PR mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu, mengesahkan bahawa GST, yang ditangguhkan pelaksanaannya, kini semakin hampir.
Pendirian itu bersandarkan kepada petikan ucapan Perdana Menteri yang menyebut “selain daripada peralihan sistem subsidi pukal kepada subsidi bersasar, kajian semula sistem percukaian kebangsaan akan diteruskan bagi memastikan sistem cukai negara akan lebih menggambarkan kedudukan kewangan setiap isi rumah."
Dalam kenyataan media bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa, DAP Liew Chin Tong dan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Pas, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Najib selaku Menteri Kewangan dikatakan sedaya upaya cuba meyakinkan sektor kewangan bahawa kerajaan persekutuan mampu untuk meneruskan pentadbiran yang dipenuhi ketirisan dan budaya rasuah tanpa melakukan islah dan reformasi yang menyeluruh ke atas struktur ekonomi yang dipenuhi budaya kronisme.
"Pada masa yang sama, beliau juga sedar dengan pelaksanaan satu cukai penggunaan yang baru dan menyeluruh ke atas rakyat yang tidak mampu menanggungnya adalah satu langkah yang penuh liku,” tulis kenyataan itu.
Ucapan Perdana Menteri, menurut mereka, dikatakan jelas sama sekali bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan Kabinet April lalu.
PR juga mendakwa kerajaan cuba memperdaya Parlimen  April lalu apabila ditanya mengenai kaitan antara GST dan Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam jawapannya mengatakan bahawa “Tukar tiada kaitan dengan GST.”
Kata mereka, laman web kementerian tersebut turut menyatakan bahawa objektif Tukar, sebagai salah satu EPP yang bertujuan memodenkan kedai runcit di bawah NKEA termasuk  program membangunkan  kedai-kedai runcit tempatan jenis ‘’mom and pop’, peningkatan tahap kompetitif peruncit dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan usaha-usaha menyediakan peruncit untuk pelaksanaan GST.
Menurut kenyataan media itu lagi, kata mereka, PR akan terus menentang pelaksaan GST sehinggalah beberapa perkara diselesaikan termasuklah antaranya kerajaan pasca-PRU13 nanti perlu mengambil langkah agar tidak menzalimi golongan menengah dan golongan miskin, tetapi membantu mereka meningkatkan pendapatan dan pendapatan boleh guna demi memastikan kualiti hidup ditingkatkan.
Dalam masa sama, mereka mempunyai lebih banyak wang agar boleh membantu memacu ekonomi dalam negeri, kata ketiga-tiga mereka.
"Jika mereka dicukai, maka pendapatan boleh guna mereka berkurangan. Tanpa islah dan reformasi, kerajaan juga dikatakan tiada hak moral untuk melaksanakan apa-apa sistem baru sama ada GST mahupun apa sahaja," katanya lagi.

Bajet realistik untuk rakyat


ARKIB : 02/10/2012


TIDAK keterlaluan dikatakan hampir keseluruhan masyarakat merangkumi pelbagai sektor pekerjaan dan umur bakal memperoleh manfaat daripada Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada petang Jumaat 28 September lalu.

Dari sebesar-besar ahli perniagaan sehinggalah golongan penjaja dan peniaga kecil, mereka ini sama sekali tidak dilupakan. Malahan, golongan gelandangan pun boleh berasa gembira kerana dibantu untuk menjalani kehidupan mereka ketika susah supaya mereka ini dapat berdikari dalam menjalani kehidupan seharian pada masa akan datang.

Meneliti satu persatu insentif dalam Bajet 2013, tidak salah dikatakan bahawa bajet kali ini mesra rakyat berorientasikan golongan belia. Ini kerana golongan inilah yang paling banyak mendapat manfaat daripada Bajet 2013 sehingga diberikan insentif untuk pembelian telefon pintar. Bajet ini banyak menyentuh keperluan golongan belia, maka ia nampak 'segar dan muda'.

Namun demikian, Bajet 2013 tidak meminggirkan golongan warga emas apabila mereka juga tidak ketinggalan memperoleh manfaat daripada Bajet 2013.

Kerajaan secara dasarnya telah bersetuju untuk meningkatkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820. Peningkatan ini serba sedikit boleh mengurangkan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh warga emas.

Walaupun pelbagai nama diberikan untuk bajet tahunan negara pada kali ini seperti terdapat para penganalisis berpendapat Bajet 2013 adalah bajet pilihan raya dengan pelbagai bentuk buah tangan untuk rakyat, namun apa yang penting bajet ini bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat tetapi juga realistik dilaksanakan berdasarkan kemampuan kewangan negara.

Pada masa sama, Bajet 2013 digubal untuk kemampanan ekonomi negara. Umpamanya, defisit fiskal berkurangan daripada 4.5 peratus dalam Bajet 2012 kepada empat peratus bagi Bajet 2013.

Begitu juga, kerajaan sentiasa menyasarkan hutang negara berada pada paras tidak melebihi 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ekonomi negara dijangka akan mengalami pertumbuhan di antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun depan.

Ketika kebanyakan negara lain tercari-cari strategi ampuh untuk mengukuhkan ekonomi masing-masing dengan meningkatkan hasil negara, Malaysia saban tahun telah berjaya mengukuhkan hasil negara.

Ini adalah penting kerana bagi mana-mana negara sekalipun hasil kerajaan persekutuan adalah cerminan sejauh manakah ekonomi sesebuah negara itu berada pada tahap yang kukuh.

Lagi tinggi pertumbuhan pendapatan atau hasil sesebuah negara, lagi banyak aktiviti ekonomi boleh dilaksanakan untuk rakyat dan negara.

Sekalung tahniah buat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang berjaya membantu meningkatkan hasil negara. Kecekapan sistem percukaian Malaysia telah mengurangkan ketirisian dalam kutipan cukai.

Bayangkan Malaysia antara segelintir kecil negara di dunia yang masih tidak lagi melaksanakan cukai ke atas penggunaan iaitu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tetapi saban tahun berjaya meningkatkan kutipan cukai ke atas pendapatan.

Ini menunjukkan struktur percukaian negara kita semakin hari semakin cekap dan berkesan. Melalui Bajet 2013, rakyat boleh berasa lega kerana tiada pengumuman pelaksanaan GST.

Namun demikian, untuk meningkatkan dan mempelbagaikan sumber hasil negara, GST adalah salah satu sistem percukaian yang patut dilaksanakan.

Cuma persoalan utamanya bilakah masa yang paling sesuai untuk dilaksanakan. Ini kerana bagi pengamatan rakyat biasa, GST bakal membebankan rakyat.

Sebenarnya perkara ini tidak timbul sama sekali jika rakyat memahami bahawa GST tidak dikenakan untuk barangan dan perkhidmatan asas untuk mereka seperti barangan keperluan dan pengangkutan awam.

Sebab itulah kerajaan perlu memberi pemahaman kepada rakyat secara menyeluruh dan pada masa yang sama mendapatkan 'izin' daripada rakyat untuk melaksanakannya sebagaimana kerajaan telah mengadakan perundingan dengan rakyat bagi mendapatkan 'konsensus' dalam menyediakan Bajet 2013.

Ini kerana ramai yang cuba membandingkan negara kita dan negara Singapura yang mana cukai korporat dan cukai pendapatan individu adalah lebih rendah berbanding negara kita tetapi ramai yang tidak menyedari sebenarnya cukai di negara tersebut adalah lebih tinggi berbanding di negara kita dengan mengambil kira GST.

Perbandingan tanpa melibatkan GST memberi gambaran yang salah bahawa cukai di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara tersebut. Ketika ini GST di Singapura adalah pada kadar tujuh peratus, iaitu suatu angka yang agak tinggi.

Sebab itulah rakyat boleh berasa lega apabila kerajaan tidak mengumumkan sebarang peningkatan cukai yang membebankan mereka kecuali cukai keuntungan hartanah (RPGT) dan merasionalisasikan subsidi gula. Itupun ia bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat bagi mengekang harga rumah yang melambung tinggi dan meningkatkan lagi taraf kesihatan rakyat.

Bagi merealisasikan status negara maju pada tahun 2020, pelbagai insentif juga diberikan untuk memacu aktiviti ekonomi domestik iaitu melalui pelaburan dan permintaan domestik.

Sebagai contoh, pelbagai insentif untuk para usahawan yang terlibat dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti menyediakan dana sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana yang akan dikendalikan SME Bank bakal meningkatkan lagi perbelanjaan sektor swasta.

Strategi sebegini bukan sahaja amat penting untuk memastikan negara kita makmur dan berdaya saing ketika ketidaktentuan ekonomi dunia tetapi pada masa yang sama kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121002/re_02/Bajet-realistik-untuk-rakyat#ixzz2WdDltFxE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, October 2, 2012

Kerajaan tidak ikhlas laksana GST


Amirul Azam Zulkafli | October 2, 2012
Jumlah golongan berpendapatan sederhana terlalu besar untuk dikecualikan GST
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa BN tidak ikhlas dalam pelaksanaan GST, malah kelihatan seperti menggunakan tipu helah untuk mengaburkan pelaksanaan ini di dalam Bajet 2013 yang baru dibentang minggu lalu.

Dalam kenyataan media bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas ingin meyakinkan sektor kewangan bahawa kerajaan persekutuan mampu untuk meneruskan pentadbiran yang dipenuhi ketirisan dan budaya rasuah tanpa melakukan islah dan reformasi yang menyeluruh ke atas struktur ekonomi yang dipenuhi budaya kronisme.
“Pada masa yang sama, beliau juga sedar dengan pelaksanaan satu cukai penggunaan yang baru dan menyeluruh ke atas rakyat yang tidak mampu menanggungnya adalah satu langkah yang penuh liku.
“Perenggan 80 hingga 83 dalam ucapan bajet Menteri Kewangan mengandungi kod-kod yang berkata kepada sektor kewangan bahawa pelaksanaan GST amat hampir.
“Ucapan Perdana Menteri ini jelas bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan kabinet beliau,” kata mereka.
Ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat itu mendakwa, April lalu, apabila ditanya di Parlimen mengenai kaitan antara GST dan TUKAR (Program Transformasi Kedai Runcit) Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengatakan bahawa “TUKAR tiada kaitan dengan GST.”
Kenyataan yang bercanggah sebegini adalah percubaan untuk menipu Parlimen, wakil rakyat, dan rakyat Malaysia amnya.
Laman web Kementerian tersebut turut menyatakan bahawa objektif TUKAR, sebagai salah satu EPP yang bertujuan memodenkan kedai runcit di bawah NKEA termasuk:
  • program membangunkan  kedai-kedai runcit tempatan jenis ‘’mom and pop’
  • peningkatan tahap kompetitif peruncit dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan
  • usaha-usaha menyediakan peruncit untuk pelaksanaan GST.
Pakatan tentang GST
Pakatan Rakyat menyatakan penentangan perlaksanaan GST hingga beberapa perkara diselesaikan iaitu, tanpa islah dan reformasi ke atas sistem yang dipenuhi rasuah dan budaya kronisme.
Kerajaan kata mereka, tiada hak moral untuk melaksanakan apa-apa sistem cukai baru samada GST mahupun apa sahaja dan kedua, kerajaan pasca-PRU13 nanti perlu mengambil langkah agar tidak menzalimi golongan menengah dan golongan miskin, tetapi membantu mereka meningkatkan pendapatan dan pendapatan boleh guna demi memastikan kualiti hidup ditingkatkan, serta mereka mempunyai lebih banyak wang agar boleh membantu memacu ekonomi dalam negeri.
“Jika mereka dicukai, maka pendapatan boleh guna mereka berkurangan.
“Kerajaan BN awajib ingat bahawa 60 peratus isi rumah mempunyai pendapatan bulanan kurang RM3,000, yang membolehkan mereka menyertai program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Dengan terlaksananya cukai GST, kumpulan ini terpaksa membayar cukai yang lebih dari apa yang mereka dapat dari BR1M”, kata mereka.
Tanggapan bahawa beberapa ratus jenis barangan yang dinikmati golongan miskin tidak dikenakan cukai GST tidak benar kerana pelaksanaan BR1M membuktikan golongan menengah dan miskin merupakan 60 peratus dari keseluruhan penduduk di negara ini.
“Kerajaan wajib ikhlas dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat mengenai dasar-dasar ekonomi, lebih-lebih lagi apabila berkaitan isu cukai. Untuk berselindung di sebalik kod-kod dan kenyataan yang samar adalah satu tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab”, tegas mereka.
“BN patut mengangkat isu GST dan membawanya ke PRU yang akan datang dan tanyakan sendiri kepada rakyat Malaysia sama ada mereka akan memilih sebuah Malaysia yang kotor dengan GST, ataupun yang disarankan Pakatan Rakyat, sebuah Malaysia yang bersih tanpa GST,” tambah mereka.

Atasi ketirisan pungut cukai


 Oleh Haspaizi Mohd Zain


Kuala Lumpur: Kerajaan perlu mengatasi masalah ketirisan pungutan cukai bagi memastikan perancangan untuk menjadi Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 tidak terbantut. 

Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Kamil Md Idris, berkata bagi mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu menyediakan belanjawan atau bajet sekurang-kurangnya RM700 bilion setahun. 


Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM251.6 bilion dalam Bajet 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu tidak memadai untuk dibelanjakan bagi membangunkan negara terutama dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan awam. 


Memang orang ramai tidak sukakan cukai tetapi bagi saya kita perlu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Hari ini kalau kita lihat kerajaan hanya membelanjakan apa yang ada saja. 

Kena berbelanja 

Kita kena berbelanja untuk meningkatkan taraf pengangkutan awam supaya lebih cekap, mahu tidak mahu kita perlu lakukannya kerana hari ini penduduk semakin bertambah dan pengangkutan awam amat diperlukan. 

Tidak ada gunanya jika harga kereta diturunkan tetapi kita tidak mampu menyediakan kemudahan asas seperti jalan yang selesa, malah secara perkapita jumlah kereta di negara kita sebenarnya adalah tinggi, katanya pada sesi Wacana Majlis Profesor Negara (MPN) Pasca Bajet 2013: Mentransformasi Negara. 

Ketua Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid bertindak selaku moderator pada sesi wacana berkenaan. 

Kamil berkata, pelaksanaan GST mampu menyumbang kepada pembangunan negara yang secara langsung atau manfaat daripada kutipan cukai itu disalurkan kembali kepada rakyat untuk dinikmati. 

Tumpu kumpulan minoriti 

Sementara itu, Dr Sarjit Singh Gill dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berpendapat kerajaan perlu memberi tumpuan kepada kumpulan minoriti di negara ini supaya Bajet 2013 dapat dinikmati bersama golongan berkenaan 

Katanya, peruntukan yang disalurkan kepada kumpulan berkenaan tidak boleh hanya tertumpu kepada aspek pembangunan fizikal, sebaliknya perlu diberi tumpuan kepada bidang pendidikan. 

Golongan minoriti di negara ini memerlukan big brother seperti orang Melayu ada UMNO, Cina dengan MCA dan India ada MIC. Pembangkang tidak berminat kepada kumpulan minoriti. Mereka lebih memberi tumpuan kepada masyarakat Melayu, Cina dan India. 

Kumpulan ini masih lagi bersama Barisan Nasional (BN). Oleh itu, saya rasakan bahawa kerajaan perlu mewujudkan Jabatan Kemajuan Minoriti yang diletakkan dibawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi membantu ataupun memantau kumpulan ini, katanya.

Bajet 2013: Ucapan perbahasan Lim Guan Eng


1 Oktober 2012

Guan Eng nafi dakwaan hubungan sulit
Lim Guan Eng

WALAUPUN banyak gula-gula diumumkan dalam ucapan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak, bajet ini telah gagal kerana tidak menangani tiga bidang penting yang diperlukan untuk menjamin kesejahteraan jangka panjang negara dan rakyat, iaitu kebijaksanaan fiskal, kemampanan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.

Pertama, walaupun defisit bajet dianggarkan akan menurun daripada 4.5% pada tahun 2012 kepada “hanya” 4.0% pada 2013, angka ini menyembunyikan prestasi kurang cemerlang kerajaan BN yang seringkali tidak menepati sasaran perbelanjaan. Sebagai contoh, jumlah perbelanjaan bagi Bajet 2012 telah diumumkan sebagai RM232.8 bilion dalam ucapan bajet tahun lepas. Tetapi dalam Laporan Ekonomi 2012/2013 yang diedarkan baru-baru ini, jumlah perbelanjaan bagi tahun 2012 adalah dianggarkan sebagai RM252.4 bilion. Angka ini adalah tambahan sebanyak RM20b ke atas unjuran perbelanjaan yang diumumkan tahun lepas.

Kita bernasib baik kerana unjuran hasil dijangka mencatat RM207b bagi tahun 2012, iaitu RM20b lebih daripada RM186.9b yang dianggarkan tahun lepas. Tanpa hasil cukai “durian runtuh” ini, defisit bajet kita semestinya akan meningkat sehingga 6.7% daripada KDNK berbanding 4.5% yang dianggarkan untuk 2012. Pun begitu, kita tidak boleh mengharapkan bahawa hasil akan terus melebihi anggarannya, terutama sekali dalam keadaan ekonomi sedunia yang kurang merangsangkan. Tambahan pula, hasil daripada cukai minyak dijangka akan menurun akibat daripada perubahan dasar dividen Petronas serta ketidakpastian politik di Sudan Selatan yang mungkin akan menjejaskan hasil Petronas sebanyak AS$1 bilion.

Sementara kita tidak membantah pemberian bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukannya, namun tidak ada jaminan bahawa kerajaan akan mengurangkan ketirisan dalam program BR1M yang didapati telah diberi kepada seorang Datuk MCA di Pahang. Jumlah RM1.8b yang mula-mula diperuntukkan untuk pemberian BR1M kepada 3.4 juta isi rumah dalam Bajet 2012 telah melambung kepada RM2.6b kepada lebih daripada 5 juta isi rumah. Ini merupakan 80% daripada semua isi rumah di Malaysia walaupun hanya 53% daripada isi rumah Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.

Sebuah negara yang mempunyai KDNK yang dijangka akan berkembang sebanyak 5% untuk tahun 2012 tidak seharusnya mempunyai begitu banyak isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Pun begitu, penerima BR1M dijangka akan meningkat kepada 4.3 juta isi rumah dengan tambahan 2.7 juta orang yang berpendapatan kurang daripada RM2,000. Tanpa semak dan imbang, RM3b yang diperuntukkan untuk BR1M 2.0 dalam Bajet 2013 boleh meningkat dengan senang kepada RM4b, jika tidak lebih lagi.

Kekurangan kebijaksanaan fiskal yang sama juga boleh dilihat dalam perbelanjaan subsidi. Peruntukan sebanyak RM32.8b telah diberi untuk subsidi dalam Bajet 2012 tetapi perbelanjaan sebenar dianggarkan mencecah RM42.4b, iaitu satu peningkatan RM9.6b atau 29.3% ke atas bajet asal! Jika trend yang sama berkekalan, maka RM37.6b yang diperuntukkan untuk subsidi dalam Bajet 2013 mungkin meningkat kepada hampir RM50b!

Memandangkan prestasi kurang cemerlang BN dalam kebijaksanaan fiskal, sekiranya pilihan raya umum diadakan tahun depan, adalah kemungkinan besar bahawa BN akan mengorek keluar sebanyak-banyak duit rakyat yang mungkin untuk tujuan membeli undi dengan pemberian gula-gula secara tidak bertanggungjawab. Saya tidak akan terkejut sekiranya jumlah perbelanjaan kita akan melebihi bajet sebanyak RM30b dan jika defisit bajet untuk 2013 akan melebihi 5.0%!

Kedua, walaupun Bajet 2013 telah memperuntukkan jumlah yang besar untuk diagihkan kepada rakyat melalui program-program seperti BR1M 2.0, baucar buku untuk pelajar-pelajar IPT, baucar untuk pelajar-pelajar sekolah, rebat telefon bimbit pintar untuk golongan muda, jumlah yang bakal diberi kepada para kroni dan dibazirkan melalui korupsi akan jauh melebihinya.

RM4.2b telah diperuntukkan untuk program-program yang disenaraikan tadi. Namun begitu, biar saya mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung sendiri telah mengakui bahawa kerajaan persekutuan telah ketirisan sebanyak RM26b melalui korupsi, ataupun 6 kali ganda jumlah yang diperuntukkan oleh PM kepada rakyat dalam Bajet 2013.

Jelas, Bajet 2013 tidak Mesra Rakyat tetapi Mesra Kroni kerana RM10.9b telah diperuntukkan untuk projek-projek kroni sementara hanya RM4.2b akan diberi terus kepada rakyat. Biar saya memberi beberapa contoh gula-gula yang akan diberi kepada para kroni BN dalam anggaran bajet.

Mata cadang kerajaan tubuh badan khas


ARKIB : 01/10/2012

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Mata) berharap agar kerajaan dapat menubuhkan satu badan khas untuk mengatasi aktiviti spekulasi hartanah.

Presidennya, Abd. Aziz Abu Bakar berkata, pihaknya menyambut baik langkah kerajaan untuk menaikkan kadar cukai keuntungan hartanah bagi mengurangkan aktiviti spekulasi hartanah yang mengakibatkan harga hartanah melambung tinggi.

"Pihak persatuan berharap kerajaan dapat mewujudkan satu badan khas bagi membendung aktiviti spekulasi hartanah bagi memastikan harga hartanah merupakan harga sebenar yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Belanjawan 2013, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kerajaan menaikkan kadar cukai keuntungan hartanah untuk pelupusan hartanah yang dimiliki kurang dari dua tahun kepada 15 peratus daripada 10 peratus dan hartanah yang dimiliki lebih dari dua tahun tetapi kurang dari lima tahun kepada 10 peratus daripada 5.0 peratus.

Sementara itu, Abd Aziz berkata, persatuan itu bersedia memberi bantuan sekiranya kerajaan berhasrat melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan atau GST.

"Mata sememangnya telah menjalankan banyak program pendidikan cukai kepada rakyat dan peniaga dan kami pada bila-bila masa sahaja bersedia membantu kerajaan memastikan sistem percukaian negara lebih adil, telus dan cekap," katanya. - BERNAMA

Sunday, September 30, 2012

Mata syor ditubuh badan khas kawal spekulasi hartanah


29 September 2012


KUALA LUMPUR - Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Mata) berharap agar kerajaan dapat menubuhkan satu badan khas untuk mengatasi aktiviti spekulasi hartanah.
   
Presidennya, Abd Aziz Abu Bakar berkata pihaknya menyambut baik langkah kerajaan untuk menaikkan kadar cukai keuntungan hartanah bagi mengurangkan aktiviti spekulasi hartanah yang mengakibatkan harga hartanah melambung tinggi.
   
"Pihak persatuan berharap kerajaan dapat mewujudkan satu badan khas bagi membendung aktiviti spekulasi hartanah bagi memastikan harga hartanah merupakan harga sebenar yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Pada Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kerajaan menaikkan kadar cukai keuntungan hartanah untuk pelupusan hartanah yang dimiliki kurang dari dua tahun kepada 15 peratus daripada 10 peratus dan hartanah yang dimiliki lebih dari dua tahun tetapi kurang dari lima tahun kepada 10 peratus daripada 5.0 peratus.
   
Sementara itu, Abd Aziz berkata persatuan itu bersedia memberi bantuan sekiranya kerajaan berhasrat melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan atau GST.
   
"Mata sememangnya telah menjalankan banyak program pendidikan cukai kepada rakyat dan peniaga dan kami pada bila-bila masa sahaja bersedia membantu kerajaan memastikan sistem percukaian negara lebih adil, telus dan cekap," katanya. - Bernama

Prospek baik bagi pelaburan di Malaysia


ARKIB : 29/09/2012

SINGAPURA 28 Sept. - Cadangan Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi prospek baik bagi pelaburan di Malaysia, dengan tumpuan bagi sektor minyak dan gas, pendidikan, pertanian dan perkhidmatan kewangan," kata Rakan Kongsi Urusan, Ernst & Young Tax Consultants Sdn. Bhd., Yeo Eng Ping,

"Pelaburan langsung asing dan domestik diunjur meningkat dengan ketara pada 2013, sebanyak hampir 90 peratus.

"Ini termasuk inisiatif untuk memperkenalkan Malaysia sebagai hab bersepadu global bagi penapisan, simpanan dan dagangan, dan sebagai pusat kewangan antarabangsa dengan pelancaran Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan yang mengulas Bajet 2013, hari ini.

Keseluruhannya, beliau berkata, Bajet 2013 menyeluruh dan apa yang lebih penting bertanggungjawab dari segi fiskal.

Yeo berkata, ia mencerminkan komitmen kukuh untuk mengurangkan defisit dan mencapai bajet berimbang menerusi pengukuhan sistem cukai, pemerolehan kerajaan lebih cekap dan peralihan daripada subsidi pukal kepada subsidi yang disasarkan.

"Defisit dijangka berkurangan daripada 4.5 peratus pada 2012 kepada 4.0 peratus pada 2013," katanya.

Yeo berkata, kerajaan juga memberikan isyarat akan melaksanakan pengenalan cukai penggunaan menyeluruh.

Menurutnya, pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah beberapa tahun diusulkan dan ucapan Perdana Menteri mengesahkan keazaman kerajaan untuk melaksanakannya.

Beliau juga berkata, kadar cukai pendapatan peribadi juga akan dikurangkan sebanyak satu peratus bagi kumpulan pendapatan.

"Bagaimanapun, kadar cukai keuntungan harta tanah akan dinaikkan sebanyak lima peratus," katanya. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120929/ek_02/Prospek-baik-bagi-pelaburan-di-Malaysia#ixzz2WdEep1D8
© Utusan Melayu (M) Bhd