GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Sunday, September 30, 2012

Mata syor ditubuh badan khas kawal spekulasi hartanah


29 September 2012


KUALA LUMPUR - Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Mata) berharap agar kerajaan dapat menubuhkan satu badan khas untuk mengatasi aktiviti spekulasi hartanah.
   
Presidennya, Abd Aziz Abu Bakar berkata pihaknya menyambut baik langkah kerajaan untuk menaikkan kadar cukai keuntungan hartanah bagi mengurangkan aktiviti spekulasi hartanah yang mengakibatkan harga hartanah melambung tinggi.
   
"Pihak persatuan berharap kerajaan dapat mewujudkan satu badan khas bagi membendung aktiviti spekulasi hartanah bagi memastikan harga hartanah merupakan harga sebenar yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Pada Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kerajaan menaikkan kadar cukai keuntungan hartanah untuk pelupusan hartanah yang dimiliki kurang dari dua tahun kepada 15 peratus daripada 10 peratus dan hartanah yang dimiliki lebih dari dua tahun tetapi kurang dari lima tahun kepada 10 peratus daripada 5.0 peratus.
   
Sementara itu, Abd Aziz berkata persatuan itu bersedia memberi bantuan sekiranya kerajaan berhasrat melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan atau GST.
   
"Mata sememangnya telah menjalankan banyak program pendidikan cukai kepada rakyat dan peniaga dan kami pada bila-bila masa sahaja bersedia membantu kerajaan memastikan sistem percukaian negara lebih adil, telus dan cekap," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment