GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Saturday, October 16, 2010

Penangguhan GST disambut baik


ARKIB : 15/10/2010


KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pengumuman Kementerian Kewangan semalam untuk menangguhkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disambut baik ramai pihak yang menganggapnya sebagai tindakan tepat oleh kerajaan dalam melindungi kepentingan rakyat.

Pensyarah Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, walaupun pelaksanaan GST diperakui mampu meningkatkan pendapatan negara tetapi kajian mendalam terhadap impaknya kepada kuasa beli rakyat perlu dijalankan terlebih dahulu.

"Banyak pihak mempertikaikan GST kerana mekanisme pelaksanaannya yang dilihat kurang jelas dan boleh menjejaskan kuasa beli rakyat memandangkan kos sara hidup di negara ini secara umumnya masih tinggi.

"Saya berpendapat buat masa ini GST bukanlah satu keperluan kerana fokus kerajaan sepatutnya adalah merangsang pertumbuhan ekonomi melalui kaedah meningkatkan penggunaan domestik iaitu kuasa beli rakyat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman penangguhan GST semalam bagi membolehkan rundingan lebih inklusif dengan semua lapisan masyarakat diadakan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memaklumkan langkah itu diambil kerajaan yang mahu mengambil kira kepentingan dan kebajikan setiap lapisan masyarakat supaya pelaksanaan GST kelak diterima baik oleh semua pihak.

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berpendapat GST kurang sesuai dilaksanakan buat masa ini dalam keadaan ekonomi yang masih dalam proses pemulihan.

"Saya mencadangkan GST ditangguhkan sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun bagi membolehkan kajian mendalam dijalankan," ujarnya.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahrir Syed Mohamud turut menyambut baik langkah penangguhan pelaksanaan GST yang disifatkan sebagai beban terbaru yang perlu digalas rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Penangguhan GST gambaran pilihan raya tahun depan


ARKIB : 15/10/2010


KUALA LUMPUR 14 Okt. - Keputusan penangguhan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seolah-olah mengesahkan kemungkinan kerajaan akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 2011.

OSK Research dalam nota penyelidikan meramalkan Pilihan Raya Umum akan diadakan pada separuh kedua 2011 selepas pilihan raya Negeri Sarawak pada awal tahun depan.

Selain isu GST, firma penyelidikan itu turut meramalkan pengurangan subsidi dan kenaikan tarif akan ditangguhkan sehingga pilihan raya berakhir.

''Keputusan tersebut mengambil kira sensitiviti politik berhubung pelaksanaan GST,'' katanya.

OSK Research berkata, ramalan berhubung pilihan raya itu dibuat selepas mengambil kira berita-berita positif yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur, sentimen pasaran yang dijangka meningkat pada separuh pertama 2011.

Sementara itu AmResearch tidak menolak kemungkinan kerajaan akan memperkenalkan GST pada tahun depan, setelah mendapat bantahan kuat daripada orang ramai.

''Tahun depan mungkin waktu terbaik kerana persekitaran ekonomi dijangka lebih stabil dan kondusif,'' katanya.

Menurut AmResearch, GST menerima banyak bantahan disebabkan kebanyakan orang masih belum mengetahui maklumat GST secukupnya.

Semalam, Kementerian Kewangan dalam kenyataan akhbarnya berkata, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaannya.

Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik, kata kementerian itu.

Bagaimanapun, ia berkata, kerajaan menyedari akan kepentingan GST dalam memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan mapan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Kerajaan kali pertama mengumumkan cadangan pelaksanaan cukai GST sebanyak empat peratus pada bacaan kali pertama di Parlimen pada 16 Disember 2009.

Namun, Rang Undang-Undang GST yang dijadualkan dibentangkan buat kali kedua di Parlimen pada Mac 2010 untuk pelaksanaan cukai tersebut menjelang suku ketiga 2011 ditangguhkan.

Pelaksanaan GST dicadangkan bertujuan untuk mengurangkan defisit bajet daripada tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2009 kepada 5.4 peratus pada tahun depan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1015&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm#ixzz2WRrwLlpl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, October 15, 2010

Pelaksanaan GST ditangguh


ARKIB : 14/10/2010


PUTRAJAYA 13 Okt. - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan bagi membolehkan rundingan lebih inklusif dengan semua lapisan masyarakat dilakukan berkaitan perkara itu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataannya hari ini memberitahu, kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan setiap lapisan masyarakat supaya pelaksanaannya kelak diterima baik oleh semua pihak.

''Walaupun ditangguhkan, GST adalah penting bagi memastikan kedudukan fiskal kerajaan kukuh dan mapan untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa panjang," jelas kenyataan itu.

Pada November tahun lalu, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan GST menjelang 2011.

Bagaimanapun, Rang Undang-undang GST yang pada asalnya dijadual dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Mac lalu ditangguhkan oleh kerajaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1014&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm#ixzz2WRrgGFG7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, October 14, 2010

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan ditangguh


ARKIB : 13/10/2010


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenainya.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik.

Walaupun ia ditangguhkan, kerajaan sedar tentang kepentingan GST dalam memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan mapan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang. - Utusan

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm#ixzz2WRrPPJtJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Memacu kemajuan mapan


ARKIB : 13/10/2010


Pada hari Jumaat ini, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2011. Cakap-cakap mengenainya sudah mula kedengaran sejak beberapa minggu yang lalu sama ada daripada aspek pencukaian dan galakan sehinggalah soal bonus untuk kakitangan kerajaan.

Bajet 2011 amat penting sebagai landasan utama Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Tahun depan juga merupakan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Kelihatan dengan jelas sekali enam bulan pertama tahun ini, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dan diramal mudah melepasi enam peratus pertumbuhan tahunan.

Namun, cabaran utama ekonomi Malaysia pada tahun depan adalah untuk mencapai kadar pertumbuhan enam peratus ini dan mengurangkan defisit pada tahap terendah. Tahun lepas sahaja, defisit negara berada pada kadar 7.2 peratus.

Defisit negara perlu dikurangkan kerana ia akan memberi impak negatif kepada kemapanan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Lebih-lebih lagi, ketidaktentuan ekonomi global dijangka berlaku pada tahun depan yang mana ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah bakal berhadapan dengan pengangguran yang berpanjangan.

Di samping itu, perang mata wang di antara kuasa-kuasa besar ekonomi dunia akan memberi kesan secara tidak langsung kepada ekonomi Malaysia. Malaysia perlu mempersiapkan diri dalam menghadapi sebarang kejutan ekonomi bagi memastikan sasaran pertumbuhan ekonomi dapat dicapai.

Bajet 2011 sewajarnya memberi perhatian kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Keutamaan sudah tentu akan diberikan kepada sektor pendidikan. Negara memerlukan para pekerja yang berdaya saing dan kompeten. Langkah menarik diaspora rakyat Malaysia patut dijadikan elemen utama dalam memperkasakan daya saing pekerja tempatan dan meningkatkan lagi peluang pekerjaan untuk rakyat.

Selain itu, sektor teknologi hijau disebut-sebut akan mendapat "durian runtuh" dalam Bajet 2011. Kelestarian alam sekitar cukup penting dewasa ini. Maka, teknologi hijau merupakan satu jawapan yang tepat bagi memastikan kelestariannya.

OCBC: Bajet 2011 dijangka menarik


ARKIB : 13/10/2010


KUALA LUMPUR 12 Okt. - Bajet 2011 yang akan dibentangkan Jumaat ini menjanjikan sesuatu yang menarik kerana ia merupakan bajet pertama di bawah rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), kata Pakar Ekonomi OCBC Bank, Gundy Cahyadi.

Ia akan menjadi petunjuk bagaimana kerajaan akan memulakan pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE).

Cahyadi berkata, pemulihan ekonomi pada tahun ini akan menyaksikan konsolidasi fiskal oleh kerajaan sejajar dengan sasaran untuk menurunkan bajet defisit kepada 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2015.

''Pada masa yang sama, kerajaan telah membayangkan untuk memulakan beberapa projek utama dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

''Sesetengah orang mungkin meragui kemampuan kerajaan untuk melaksanakannya, soalan pertama sering diutarakan pada peringkat ini, sama ada perbelanjaan tinggi kerajaan menjadi masalah kepada Malaysia,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini.

Cahyadi berkata, jawapan kepada soalan itu adalah 'ya'. Walaupun pelaburan dan perbelanjaan swasta telah pulih secara material pada separuh pertama 2010, tidak dapat dinafikan pertumbuhan negara didorong oleh pertumbuhan eksport.

''Sekurang-kurangnya 80 peratus pengeluaran industri berasaskan eksport dan pendapatan eksport terutama dalam sektor utama seperti minyak dan gas serta minyak sawit, terus memacu sentimen perniagaan dalam ekonomi.

''Kami menjangkakan Malaysia terus menyaksikan perbelanjaan fiskal dan nisbah KDNK kekal tertinggi di rantau ini dan untuk beberapa tahun akan datang kerajaan akan menumpukan perbelanjaan infrastruktur untuk RMK-10.

''Konsolidasi fiskal akan dapat dilihat, sebahagiannya ekoran jangkaan peningkatan perolehan minyak dan gas untuk kerajaan,'' katanya.

Selepas mencecah tujuh peratus KDNK pada 2009, kami menjangkakan defisit fiskal jatuh sekitar lima hingga 5.2 peratus pada 2011 bersandarkan unjuran untuk perkembangan 5.4 peratus pertumbuhan pada tahun lalu.

Pelaksanaan sistem cukai perkhidmatan dan barangan (GST) akan membantu melonjakkan asas perolehan kerajaan, tetapi memandangkan perbincangan mengenai cadangan tersebut semakin sejuk, peluang untuk GST diperkenalkan pada 2011 adalah tipis.