GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, June 11, 2010

GST tidak akan dinaikkan


ARKIB : 10/06/2010

KUALA LUMPUR 9 Jun - Kerajaan tidak berhasrat menaikkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) melebihi kadar empat peratus seperti dicadangkan sebelum ini dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, langkah itu tidak akan dibuat kerana kerajaan bimbang ia akan memberikan kesan negatif kepada rakyat.

''Walaupun kita hanya menetapkan kadar empat peratus, kerajaan menjangka hasil kutipan GST boleh bertambah kerana sistem ini lebih efisien dan dapat memastikan kadar pematuhan lebih tinggi," katanya menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen itu bertanya sama ada kadar GST akan dinaikkan dalam tempoh 10 tahun akan datang dan kenapa GST dilaksanakan jika ia hanya akan mengurangkan hasil kutipan kerajaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0610&pub=utusan_malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_07.htm#ixzz2WRLlYwlr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, June 10, 2010

Malaysia tidak akan bankrap


ARKIB : 09/06/2010


Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Anifah Aman, Dr. Mahathir Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali bersama enam sukarelawan Malaysia dari kapal MV Rachel Corrie pada jamuan makan tengah hari di Kuala Lumpur, semalam.
Mereka terdiri daripada (belakang dari kanan) jurugambar TV3, Mohd Jufri Judin, Matthias Chang, Ahmad Faizal Azumu, (tengah dari dua, kiri) Shamsul Akmar Musa Kamal, wartawan TV3 Halim Mohamed dan Anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria.
Kumpulan itu yang menaiki kapal MV Rachel Corrie membawa pelbagai bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza turut ditahan oleh tentera Israel.
Turut sama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Anifah Aman (depan, kiri) Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir (tengah dua, kanan) - BERNAMA


KUALA LUMPUR 8 Jun - Malaysia tidak akan bankrap seperti Iceland dan Greece kerana langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mengurangkan kadar hutang telah menyebabkan ia berada pada paras terkawal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan akan terus dirancang, dipantau dan dikawal dengan baik dan bertanggungjawab.

"Paras defisit dijangka akan menurun dan paras hutang akan terus terkawal pada jangka masa sederhana dan panjang.

"Usaha-usaha ini akan membantu memastikan paras hutang dan defisit kerajaan Persekutuan tidak akan meningkat sehingga menjejaskan kemampuan negara membayar balik hutang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kit Siang meminta Najib menyatakan apakah tindakan yang telah diambil untuk memastikan Malaysia tidak mengikut jejak Iceland dan Greece yang menjadi negara bankrap dan memerlukan penyelamatan daripada masyarakat serantau atau antarabangsa.

Dalam pada itu, Najib berkata, jumlah hutang negara pada 2009 telah berkurangan kepada RM233.92 bilion daripada RM236.18 bilion pada 2008.

Bagaimanapun, katanya, peratus hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sedikit kepada 34.3 peratus pada 2009, berbanding 31.9 peratus pada 2008.

"Pengurangan ini adalah disebabkan bayaran balik bersih hutang jangka sederhana dan panjang oleh Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta yang lebih mengimbangi ambilan bersih yang lebih besar oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK).

Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat juga menyumbang kepada penurunan hutang luar negara secara keseluruhan," katanya.

Menurut Najib, terdapat lima langkah khusus yang diambil kerajaan bagi mengurangkan hutang luar negara iaitu:

n Mengutamakan pinjaman dalam negeri yang tidak menyebabkan inflasi kerana ia mempunyai mudah tunai yang tinggi di pasaran domestik dan kos pinjaman yang lebih murah.

n Bagi menggalakkan kestabilan monetari di samping memelihara kedudukan imbangan pembayaran, kerajaan mewujudkan sistem pengawasan dan pemantauan hutang yang menyeluruh bagi membolehkan pengesanan awal risiko dan kelemahan yang berpunca daripada pendedahan hutang luar negara keseluruhannya.

n Bajet 2010 akan memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk menambah baik keberkesanan dan kecekapan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan termasuk mengkaji penstrukturan subsidi bahan api yang merupakan sebahagian besar perbelanjaan tahunan kerajaan.

n Bagi mempertahankan kedudukan fiskal yang berterusan tanpa menjejaskan pembangunan menyeluruh, kerajaan akan memperhebatkan program perkongsian sektor awam dan swasta dalam projek berimpak tinggi termasuk projek jalur lebar berkelajuan tinggi, koridor pembangunan wilayah dan infrastruktur pengangkutan awam.

n Untuk mengukuhkan aliran pendapatan, kerajaan sedang berusaha memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memperluaskan asas pendapatannya sekali gus melindungi negara daripada ayunan kitaran harga minyak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0609&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm#ixzz2WRKqvZ00
© Utusan Melayu (M) Bhd