GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Saturday, June 25, 2011

Malaysia should start thinking to introduce GST, says Idris


ARKIB : 24/06/2011

KUALA LUMPUR June 23 – Malaysia should start thinking of introducing the Goods and Services Tax (GST) as it is important to widen the government’s tax base, says Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala.

He said Malaysians have to accept that “we have to move away as only then the government will have sufficient money to go around for everyone, especially the poor.

“To widen our tax base, we need to get rid of sales and services tax and replace it with GST. Currently, only one million of the 28 million Malaysians pay tax.

"With the GST in place, all 28 million Malaysians will pay a little bit which then allows to reduce corporate tax and income tax and that’s how we can find money enough for the poor people,” he responded to a question from the floor during the “GTP+ETP A Better Quality Life” session at the Perdana Leadership Foundation CEO Forum 2011 here today.

Idris said this was why 143 countries have enforched GST.

Asked on the inflation rate, Idris said: As long as the rate does not go beyond five per cent in the next two to three years, our economy will still be okay, according to Bank Negara Malaysia.” He said subsidy cuts were implemented to ensure least impact following the rise in global commodity prices.
— BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0624&pub=themessenger&sec=Home_News&pg=hn_04.htm#ixzz2WdJYB7iv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, June 23, 2011

Subsidi: Isu, dilema, sasaran dan saranan


ARKIB : 22/06/2011


SUBSIDI, jika dilihat dalam konteks pencapaian objektif ekonomi pasaran bebas dianggap tidak efisien serta mendatangkan masalah. Ini berdasarkan kepada faktor-faktor berikut.

Pertama, subsidi mengganggu keberkesanan penggunaan dan pengagihan sumber-sumber yang terbatas. Ini berlaku apabila barangan dan perkhidmatan yang termasuk dalam kategori subsidi mempunyai dua tanda harga; harga pasaran/benar dan harga kawalan/subsidi atau harga di bawah harga pasaran. Walhal kos pengeluarannya adalah sama.

Kedua, pengagihan barangan dan perkhidmatan mengikut mekanisme subsidi berbanding pasaran melibatkan kos yang besar serta kadang kala agak kompleks dan memerlukan penubuhan agensi-agensi khusus mengikut tabii golongan sasaran yang dikehendaki.

Ketiga, sukar untuk mensasarkan penerima subsidi. Acap kali, golongan yang berhak menerima subsidi hanyalah minoriti kecil di mana pengagihan lebih efisien dan saksama melalui pemindahan pendapatan.

Keempat, subsidi secara langsung atau tidak langsung menggalakkan aktiviti tidak bermoral seperti rasuah, penyeludupan dan penjualan barangan dan perkhidmatan yang disubsidikan.

Bagaimanapun, apa yang diperkatakan di atas tidak sama sekali bermaksud subsidi tidak diperlukan dalam menentukan agihan pendapatan dan kekayaan yang adil dalam sesebuah negara.

Di Malaysia, setiap langkah kerajaan samada dalam bentuk mengawal harga barangan keperluan seperti gula, minyak masak dan lain-lain, atau pemberian subsidi secara langsung seperti buku teks dan susu untuk sekolah, baja dan racun serta benih kepada petani adalah amat praktikal.

Sekali gus, inisiatif tersebut banyak membantu golongan termiskin meningkatkan secara tidak langsung pendapatan benar mereka.

Dianggarkan pada 2007, kerajaan membelanjakan RM40.1 bilion untuk tujuan subsidi bagi menstabilkan harga barangan. Pada 2009 pula, 22 peratus perbelanjaan kerajaan adalah untuk subsidi.

Sesungguhnya, subsidi jika dilihat dalam konteks ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya.

Namun, kekhilafan kerajaan ialah nikmat pemberian subsidi dikecapi oleh hampir semua strata masyarakat tanpa mengira status pendapatan individu atau isi rumah. Dengan kata lain, subsidi dinikmati oleh semua golongan; golongan kaya dan mewah, golongan berpendapatan sederhana dan golongan miskin.

Begitu juga dengan tarif elektrik, air, petrol, LPG, diesel, buku teks dan susu percuma sekolah. Ringkasnya, kerajaan tidak sama sekali meletakkan golongan sasaran yang wajar diberikan subsidi.

Implikasinya, kerajaan berbelanja lebih RM10 bilion setahun untuk tujuan pemberian subsidi. Ini merupakan satu beban kewangan kepada kerajaan terutama jika harga semua komoditi yang dinyatakan di atas mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa.

Justeru, sudah sampai masa pembuat dasar dan pemerintah memikirkan jalan keluar kepada isu dan dilema ini. Jalan terbaik mengatasi isu ini ialah dengan mengambil kira persoalan-persoalan berikut: