GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, June 26, 2012

Modul kira zakat




Harian Metro
Jun 26, 2012, Page 035, Main Section
Oleh Helmy Abd Rahman

MYSALIHIN HYVA (MySalihin Hyva) melancarkan iAccounts, perisian pintar pertama di dunia yang mampu mengendalikan pelbagai cabang dalam perakaunan termasuk penyelesaian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta zakat, khusus untuk penggiat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Rakan Pengurus Salihin Consulting Group Sdn Bhd (Salihin), Salihin Abang berkata, iAccounts adalah perisian perakaunan yang sistematik dan berkesan serta mampu menyesuaikan perubahan membabitkan sistem invois dan bil.

“Perisian iAccounts membawa pembaharuan dalam sistem pemeriksaan dan audit dalaman untuk memastikan pulangan GST memenuhi semua keperluan perundangan.

“Modul zakat dalam perisian ini pula menjadikannya satu-satunya perisian yang menawarkan penyelesaian zakat. “Penghasilannya memudahkan perniagaan, perbadanan dan organisasi Islam menentukan jumlah zakat yang perlu dibayar,” katanya pada majlis pelancaran perisian itu di Pameran Inovasi Perusahaan Kecil dan Sederhana 2012 (Smidex 2012) di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Salihin berkata, perisian itu juga dilengkapi ciri keselamatan terkini bagi melindungi data dan maklumat pelanggan pada tahap optimum.

“Perisian ini disertakan kemudahan menghasilkan laporan yang boleh meningkatkan peluang kejayaan perniagaan pelanggan. “Ia mampu menghubungkan semua data berkaitan daripada akaun untuk menghasilkan laporan tepat pada masanya. iAccounts juga menepati kehendak Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (MFRS),” katanya.

MySalihin Hyva diwujudkan hasil kerjasama Salihin dari negara ini dan Hyva IT Solutions, syarikat gabungan bersama kumpulan Vali yang berpangkalan di India.