GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, November 7, 2012

Menang pilihan raya: Saya optimis


NURUL IZZAH
6 November 2012


Insya-Allah, saya yakin dan komited bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Tidak kira bila Parlimen akan dibubar; kami, rakyat dan negara sudah bersedia membawa perubahan besar demi Malaysia yang lebih baik.

Harapan rakyat seperti pertandingan akhir Piala FAM - padang sama rata, pengadil sama adil, perlawanan penentu juara telus - juga akan dilihat  dalam PRU13 walaupun penambahbaikan proses pilihan raya yang disarankan beberapa NGO, termasuk Bersih masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Dua minggu lepas ini, Perdana Menteri dalam ucapan pada perhimpunan agung parti MCA memberikan tumpuan menakutkan rakyat dengan hujah bahawa Pakatan Rakyat jika menang akan merosakkan negara.

Pada pengamatan saya ucapan Perdana Menteri menunjukkan perbezaan naratif atau ‘jalan cerita’ politik di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, di mana BN menggunakan ‘hujah politik menakutkan’ manakala Pakatan Rakyat bersandarkan kepada ‘hujah politik pengharapan’ yang menggariskan masa depan lebih cemerlang

‘Hujah politik menakutkan’ yang pertama dan paling utama digunakan BN atau khususnya Umno adalah, Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat menang - adalah tidak benar.

Bukankah Najib menyatakan pada Perhimpunan Agung Umno 2010, bahawa kedudukan istimewa orang Melayu seperti terkandung dalam Artikel 153 ‘kemas terkunci’ dalam Perlembagaan Persekutuan dan walaupun mana-mana parti politik memiliki dua pertiga kerusi Parlimen tidak akan dapat mengubahnya tanpa persetujuan Raja-Raja Melayu?

Bukankah juga sudah dinyatakan adanya ‘lima sama dan lima beza di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional yang menjadi garis politik untuk penilaian rakyat?

Lima persamaan yang wujud adalah mengenai tiang-tiang pokok kenegaraan - di mana kedua-dua gagasan politik ini sama pendirian mengenai - Perlembagaan Persekutuan menjadi teras demokrasi; Institusi Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negara; Islam sebagai agama rasmi; Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Kedudukan Istimewa orang Melayu dan penduduk Bumiputera.

Rakyat harus sedar bahawa kelima-lima tiang ini terpelihara dan tidak berubah sedikit pun walau berlaku perubahan di Putrajaya. Justeru, perbezaan yang wujud di antara PR dan BN adalah mengenai prinsip dan pendekatan pemerintahan.

Perbezaan utama adalah prinsip pemerintahan negara atau mengenai di mana - letaknya ‘kuasa memerintah’ - iaitu sama ada kuasa di tangan rakyat atau kuasa di tangan Elit – dalam bentuk demokrasi atau autokrasi.