GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, December 14, 2011

Hutang isi rumah negara pada paras terurus


ARKIB : 13/12/2011

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hutang isi rumah di Malaysia masih berada pada paras yang terurus dengan nisbah hutang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal stabil pada 77.6 peratus bagi suku ketiga 2011.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sehingga akhir Oktober tahun ini, hutang isi rumah berjumlah RM636.6 bilion dengan sebahagian besar merupakan pinjaman bersandarkan aset iaitu pembelian kediaman dengan nilai RM286.7 bilion dan diikuti pinjaman kenderaan (RM120.9 bilion).

"Pada masa sama, kedudukan nisbah aset kewangan kepada jumlah hutang isi rumah adalah lebih dua kali ganda di peringkat agregat dan mampu menyediakan penampan yang selesa untuk menyokong keupayaan isi rumah membayar balik hutang.

"Selain itu, peningkatan hutang isi rumah turut disokong oleh keadaan ekonomi yang terus berkembang, peningkatan pendapatan isi rumah , kaedah guna tenaga yang menggalakkan dan paras simpanan yang tinggi," katanya di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Senator Norliza Abdul Rahman yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan hutang isi rumah.

Menurut Donald, bagi memastikan sektor isi rumah kekal berdaya tahan dan memastikan tahap hutang berapa pada paras yang mapan, beberapa strategi telah diambil seperti mengenakan syarat yang lebih ketat bagi pemilikan kad kredit.

"Kerajaan juga memperkenalkan Program Pengurusan Wang Ringgit Anda yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pemahaman ilmu kewangan dan kemahiran bagi peminjam baru dan golongan muda.

"Di samping itu, khidmat nasihat dan pertolongan dalam menguruskan kredit dan kewangan kepada peminjam serta menstruktur semula hutang mereka dengan pihak bank melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit turut disediakan.

"Langkah lain ialah termasuklah mengenakan nisbah maksimum sebanyak 70 peratus bagi pinjaman rumah ketiga untuk mengurangkan kegiatan spekulatif dan memastikan orang ramai terus mampu memiliki rumah," katanya.

Katanya, satu garis panduan kepada institusi kewangan bagi menggalakkan amalan pembiayaan runcit berhemat telah diperkenalkan pada 18 November 2011.

"Garis panduan yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2012 ini bertujuan menggalakkan perlindungan yang lebih baik kepada pengguna dan pasaran kredit serta memelihara kestabilan kewangan dan makro ekonomi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Donald berkata, pelaksanaan Cukai Perkhidmatan Barangan (GST) bertujuan menyusun semula sistem percukaian sedia ada supaya menjadi lebih komprehensif.

"Ia merupakan satu langkah dalam polisi fiskal bagi mempelbagaikan sumber hasil negara supaya tidak terlalu bergantung kepada cukai pendapatan dan petroleum.

"Kerajaan sedar akan pengalaman negara-negara lain yang telah mengurang kadar cukai pendapatan individu apabila GST dilaksanakan di negara mereka. Cadangan pengurangan cukai pendapatan individu merupakan salah satu langkah kerajaan dalam penstrukturan semula sistem percukaian negara.

"Namun begitu, ketika ini keutamaan kerajaan adalah memastikan agar GST dapat dilaksanakan dengan jayanya dan diterima rakyat," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Chiew Lian Keng yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengurangkan jumlah pengutipan cukai pendapatan perseorangan sekiranya GST dilaksanakan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1213&pub=utusan_malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_04.htm#ixzz2Wcz7xuqZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, December 11, 2011

Dilema mengimbangi kewangan awam


ARKIB : 10/12/2011

SEMUA orang tahu walau gendang perang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) telah dibunyikan, salah satu faktor yang bakal menentukan tarikh pilihan raya ialah keadaan ekonomi semasa.

Ekonomi memainkan peranan penting kerana kalau pilihan raya diadakan semasa suasana ekonomi negara tidak begitu baik, tentulah parti yang memerintah akan menerima padahnya kerana pihak pembangkang akan ‘pulon’ menggunakan ekonomi sebagai sasaran ceramah dan kutukan.

Persoalannya dengan semua orang menganggap PRU 13 semakin dekat, apakah semua orang telah melihat keadaan ekonomi semasa?

Kita tidak boleh bercakap tentang Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah kerana mereka masih lagi bergelut menyelesaikan masalah ekonomi masing-masing. Bank-bank di Eropah memerlukan 114 bilion euro untuk memperkukuhkan bank-bank mereka.

Timbul kebimbangan yang syarikat penarafan Standard & Poors akan menaraf semula kesemua 27 negara Kesatuan Eropah dan mata wang Euro diambang kehancuran.

Kalau itu berlaku, kita tidak boleh lari daripada serpihan yang bakal bertaburan nanti. Minggu ini sekali lagi Bank Negara Eropah (ECB) dipandang sebagai bakal melakukan sesuatu yang bakal menyelamatkan mata wang Euro.

Pendirian berbeza Jerman dan Perancis tentang bagaimana krisis euro ini wajar ditangani juga membuatkan penyelesaian bertambah susah.

China juga mengalami penurunan pertumbuhan yang rendah sejak dua tahun lepas. Kebimbangan inflasi dan pertumbuhan menjadi kebimbangan utama kerajaan China dan belum ada ketentuan yang kecairan akan dilepaskan ke dalam sistem kewangan kerana inflasi.

Inflasi boleh menimbulkan ketegangan sosial sekiranya tidak dikawal. Ini bermakna import daripada negara tersebut juga akan berkurangan seperti jua negara-negara Eropah dan Amerika.

Keadaan di India, suatu lagi kuasa besar ekonomi yang dunia meletakkan harapan, agak terbantut dalam usaha reformasi mereka dengan penolakan membenarkan peruncit besar seperti Wal Mart untuk memulakan operasi di negara tersebut. Pihak pembangkang bimbang ini akan membunuh peruncit kecil di India.

Tinggallah kita dengan perkiraan kita sendiri. Semua orang tahu keadaan sesuatu masa itu adalah ramalan. Ia bergantung atas apakah faktor yang digunakan untuk membuat ramalan. Misalnya defisit negara yang pada masa ini di paras 5.4 peratus (%) sama dengan Vietnam, Kemboja dan Laos. Jauh berbeza dengan negara ASEAN yang lain seperti Thailand dan Singapura, masing-masing diparas 2% dan 1%.

Ramai penganalisis luar memberi tumpuan kepada subsidi yang tinggi yang diberikan. Di sini timbul masalah pemerintah. Dipotong subsidi sebelum pilihan raya memang na‘as (bala). Tak dipotong orang akan melihat kita tidak tahu mengurus kewangan awam kita.

Pelabur asing akan mengambil kira defisit negara ini tidak boleh lari. Kemudian lonjakan kita ke arah kegiatan ekonomi nilai tinggi tidak berjalan dengan kadar yang dikehendaki dan ini juga menggugat kemasukan pelabur asing.
Kekurangan tenaga mahir yang mampu mengendalikan kegiatan ekonomi nilai tinggi seperti peralatan perkilangan dan perkhidmatan di negara kita masih lagi di putaran perlahan.

Selain daripada subsidi yang perlu dipotong, harga minyak dan komoditi juga menjadi perkiraan orang ekonomi. Minyak sekarang tidak berketentuan berada di lingkaran AS$86 setong dan ini akan mengakibatkan pendapatan Petronas dan seterusnya bahagian kerajaan.

Dasar Petronas yang berubah juga bakal sedikit sebanyak mengugat pendapatan keseluruhannya. Mungkin harga kelapa sawit memberikan sedikit sebanyak kestabilan kepada kita asalkan tidak ada pengurangan import daripada pengimport utama India dan China.

Isu cukai barangan dan perkhidmaan (GST) nampaknya senyap saja kerana semasa pilihan raya kalau diperkenalkan mungkin menimbulkan reaksi yang negatif di kalangan masyarakat.

Banyak pertaruhan diletakkan di atas program transformasi ekonomi yang diumumkan kemajuannya dari semasa ke semasa.

Walau apa pun usaha-usaha ini mengambil masa dan mungkin tidak sempat untuk gendang pilihan raya yang sudah dipalu.

Ramai yang meramal pertumbuhan kita tidak akan sampai 5% tahun ini dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sedangkan kita perlu sekurang-kurangnya 6% setahun sehingga 2020 untuk mencapai hasrat kita.

Sama-samalah kita tengok. Dalam masa terdekat ini diadakan pilihan raya memang cari na‘as.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur
(kini Bursa Malaysia)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1210&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm#ixzz2WcygF9ii
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, December 6, 2011

PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

05/12/2011
Oleh: ABDUL AZIZ AWANG 

Ada orang berkata bahawa selagi kita hidup di atas muka bumi ini hanya terdapat dua perkara yang mustahil untuk dielakkan; pertama, kematian dan kedua, bayar cukai. Ini menunjukkan betapa sinonimnya isu percukaian dengan kehidupan manusia. Kita hanya menyedari cukai pendapatan yang dibayar terus kepada Kerajaan tanpa kita sedari bahawa kita juga membayar cukai yang dimasukkan terus dalam harga barangan dan perkhidmatan seperti pembelian kereta, pakaian, makanan dan lain-lain barangan dan perkhidmatan yang melibatkan pengguna. 

Bagi memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, empat faktor utama yang menjadi penentu ialah penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih. Perbelanjaan Kerajaan banyak bergantung kepada jumlah hasil cukai yang berjaya dikutip. Hasil cukai merupakan penyumbang utama kepada jumlah hasil Kerajaan. Jika hasil cukai meningkat, Kerajaan boleh melaksanakan pelbagai projek untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Di Malaysia nisbah hasil cukai kepada KDNK adalah 19.5% pada tahun 2010. Jika dibandingkan dengan 34 buah negara maju, nisbah yang dicatat oleh Malaysia adalah terlalu rendah. Misalnya Denmark mencatat nisbah tertinggi 50%. Nisbah yang paling rendah bagi negara maju ialah 26.8%. Oleh yang demikian, nisbah hasil cukai/KDNK yang rendah bagi Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia mengalami kekurangan hasil cukai bagi membiayai perbelanjaan pembangunan. Apabila jumlah hasil Kerajaan tidak mencukupi, kedudukan kewangan kerajaan akan mengalami defisit. Bagi menampung defisit tersebut, Kerajaan perlu membuat pinjaman untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. Sistem percukaian Malaysia juga mempunyai asas yang sempit kerana pergantungan yang keterlaluan kepada cukai pendapatan. Sekiranya keuntungan syarikat berkurangan, jumlah kutipan cukai pendapatan juga berkurangan dan keadaan ini memberikan tekanan kepada hasil Kerajaan. 

Selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, Kerajaan perlu melaksanakan reformasi cukai yang bermaksud menjadikan sistem cukai sedia ada lebih mudah, telus dan lebih cekap. Reformasi cukai juga perlu untuk meningkatkan hasil dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Oleh yang demikian, Malaysia perlu melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang telah dilaksanakan oleh kebanyakan negara di dunia. Pelaksanaan GST akan membolehkan Kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan (individu dan korporat) dan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing bagi menarik pelaburan asing. Kadar cukai korporat di Malaysia kini adalah 25%, iaitu lebih tinggi berbanding dengan Singapura, 17% dan Hong Kong, 16.5%. 

Pada masa ini sebanyak 146 buah negara telah pun melaksanakan GST. Negara yang paling awal melaksanakan GST ialah France pada tahun 1954. Di ASEAN, negara paling awal ialah Indonesia yang telah melaksanakan GST pada 1984. Kini semua negara ASEAN telah pun melaksanakan GST kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar. 

Sebenarnya pengumuman untuk pelaksanaan GST di Malaysia telah dibuat semasa pembentangan Bajet 2005 yang menyebut GST akan mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 Januari 2007 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Walau bagaimanapun, Kerajaan menangguhkan pelaksanaan GST bagi membolehkan peniaga membuat perubahan kepada sistem pengkomputeran dan memberikan latihan kepada kakitangan. Pada 16 Disember, 2009, Rang Undang-Undang GST telah dibentangkan di Parlimen untuk Bacaan Pertama. Rang Undang-Undang ini sepatutnya dibentangkan untuk Bacaan Kedua tetapi ditangguhkan bagi membolehkan pandangan rakyat diambil kira. 

Kaedah GST mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan SST. Pelaksanaan GST akan meningkatkan jumlah kutipan hasil Kerajaan dan seterusnya membolehkan lebih banyak projek pembangunan dilaksanakan. Pada masa ini, pergantungan kepada sumber hasil berasaskan petroleum seperti cukai pendapatan petroleum, duti eksport, dividen dan lain-lain adalah tinggi iaitu kira-kira 40% daripada jumlah hasil Kerajaan. Ini merupakan keadaan yang kurang sihat kerana Malaysia tidak boleh bergantung selamanya kepada sumber pendapatan berasaskan petroleum memandangkan bahan tersebut lama kelamaan akan susut. Oleh itu pelaksanaan GST mampu mengatasi masalah ini. SST juga mempunyai banyak kelemahan seperti pengenaan cukai berganda dan cukai bertingkat. Misalnya, jika sesebuah syarikat korporat mengambil perkhidmatan kejuruteraan bebas untuk melaksanakan kerja-kerja untuk mereka, maka kos yang dikenakan akan dilepaskan kepada pengguna. Oleh itu, cukai perkhidmatan syarikat tersebut merupakan nilai yang telah dinaikkan kerana telah pun termasuk elemen cukai yang dikenakan kerana mengambil perkhidmatan kejuruteraan bebas. Ini menunjukkan berlakunya cukai berganda yang terpaksa ditanggung oleh pengguna akhir. 

Dalam kaedah GST, masalah ini tidak akan berlaku kerana GST merupakan cukai kepenggunaan yang dikenakan pada setiap peringkat pengagihan dan pengedaran. Peniaga pula dibenarkan menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan. Oleh sebab itulah GST dijangka menarik minat sektor perniagaan untuk berdaftar sebagai syarikat GST walaupun jumlah jualan tahunan syarikat tersebut lebih rendah daripada trashold yang ditetapkan. Kadar cukai GST terdiri daripada tiga kategori iaitu berkadar seragam, berkadar sifar dan barangan yang dikecualikan daripada GST. Bagi barangan dan perkhidmatan yang berkadar sifar, peniaga dibenarkan menuntut kembali GST yang dikenakan ke atas input perniagaan, manakala bagi barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST, peniaga tidak dibenarkan menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan. 

Bagi GST yang berkadar seragam, kaedah pelaksanaannya adalah seperti diagram di bawah:




Sebagai contoh, pengilang menjual produk kepada pemborong dengan harga RM100. Jika GST sebanyak 4% dikenakan bermakna kos belian adalah RM104 dengan mengambil kira GST yang dikenakan adalah sebanyak RM4.00. Pemborong pula akan menjual kepada peruncit dengan harga RM125.00 sekiranya meletakkan margin keuntungan sebanyak RM25.00. Jika GST 4% dikenakan, maka kadar GST adalah sebanyak RM5.00, oleh itu harga jualan oleh pemborong ialah RM130.00. Oleh kerana GST yang dikenakan kepada pemborong sebanyak RM4.00 boleh dituntut kembali manakala GST yang dikenakan di peringkat ini adalah sebanyak RM5.00, maka nilai bersih GST yang diperolehi hanyalah RM1.00. Daripada contoh ini didapati, nilai ditambah yang terbit daripada aktiviti antara pengilang dengan pemborong adalah RM25.00. Berdasarkan kadar GST yang dikenakan sebanyak 4%, maka GST ke atas nilai ditambah ini adalah RM1.00. Oleh sebab itulah kaedah percukaian ini juga dikenali sebagai cukai nilai ditambah (value added tax) iaitu jumlah GST yang dapat dikutip akan bersamaan dengan peratusan cukai ke atas nilai ditambah. GST juga merupakan cukai yang berkesan kerana ia dikutip disetiap peringkat sebagai diagram di bawah: 


Sebagi contoh, diperingkat pengilang GST yang dikutip ialah RM4.00 sekiranya kadar GST yang dikenakan sebanyak 4%. Sekiranya pemborong mengenakan margin keuntungan sebanyak 20%, nilai barangan tersebut ialah RM120.00. Jika GST dikenakan sebanyak 4%, maka jumlah GST ialah RM4.80. Oleh sebab pemborong akan menuntut kembali GST sebanyak RM4.00, maka nilai bersih GST yang dapat dipungut ialah sebanyak RM0.80 (RM4.80 – RM4.00). Sekiranya peruncit pula mengenakan margin keuntungan sebanyak 30%, maka nilai barangan tersebut menjadi RM156.00. Jika GST dikenakan sebanyak 4%, maka jumlah GST yang dikenakan ialah sebanyak RM6.24. Oleh sebab GST yang dikenakan kepada peruncit sebanyak RM4.80 akan dituntut maka nilai bersih GST yang dapat dikutip ialah sebanyak RM1.44 (RM6.24 – RM4.80). Oleh itu, pada setiap peringkat pengedaran akan terdapat cukai GST yang akan dikutip oleh Kerajaan menjadikan kaedah ini lebih berkesan. 

Dalam kaedah SST, walaupun peniaga mengenakan cukai jualan namun berlaku masalah ketirisan kerana ia tidak dapat dikutip oleh Kerajaan seperti diagram di bawah: 


Dalam contoh di atas, pengilang dikenakan cukai jualan sebanyak 10%. Jika kos produk adalah sebanyak RM100.00, maka jumlah cukai yang dikutip ialah sebanyak RM10.00. Di peringkat pemborong, sekiranya dimasukkan margin keuntungan sebanyak 20%, bermakna kos produk kini ialah RM132.00(RM110.00 + RM22.00). Oleh itu dalam kes ini terdapat elemen cukai sebanyak RM10.00 yang diambil kira dalam margin keuntungan (20%) iaitu sebanyak RM2.00 namun tidak dapat dikutip oleh Kerajaan. Jika diambil kira peringkat pengedaran seterusnya maka akan bertambah jumlah cukai yang tidak dikutip oleh Kerajan. Ini merupakan antara kelemahan kaedah SST berbanding dengan kaedah GST yang lebih cekap, telus dan berkesan. Oleh itu pelaksanaan GST akan memberikan kesan positif kepada sektor industri dan ekonomi Negara secara keseluruhannya. 

GST tidak akan memberikan bebanan kepada pengguna kerana ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada yang kini dikenakan sebanyak antara 5% hingga 10%. GST merupakan langkah kehadapan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Oleh sebab GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan GST dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan pada masa ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan dijangka mengenakan kadar GST yang lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan. Alasan yang menyatakan bahawa Kerajaan akan sentiasa menaikkan kadar GST juga kurang tepat berdasarkan pengalaman lepas menunjukkan kadar cukai jualan yang diperkenalkan pada 1972 hanya dinaikkan sekali sahaja pada 1983. Kadar cukai perkhidmatan pula tidak pernah dinaikkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1975. Oleh yang demikian, cadangan Kerajaan untuk melaksanakan GST wajar disokong kerana ia akan memberi kebaikan dan kesan positif kepada ekonomi negara terutamanya dalam jangka masa panjang.

Sumber: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri

Tuesday, October 25, 2011

MP hails govt’s move to introduce GST

by James Ling. Posted on October 24, 2011, Monday
THANK YOU: Muhammad (left) presents a memento to Nanta,
witnessed by other Customs officers and invited guests.

KAPIT: Kapit MP Datuk Alexander Nanta Linggi lauded the Goods and Service Tax (GST), which is implemented in 167 developed countries worldwide, as a good move to uplift the economy and improve people’s lives.

“To achieve a developed nation status in 8 years from now by the year 2020, we need to implement GST. GST is a vital tool for the development of the country. GST needs to be implemented to replace the existing national tax policy so as to be more efficient, transparent and effective,” he said.

He said this when officiating at the closing of an awareness programme on GST organised by Royal Customs Department, Sibu branch in collaboration with Kapit District Office at Meligai Hotel here on Saturday afternoon.

Saying that the government was not in a haste to implement GST, he cautioned that GST required an effective and efficient delivery system, right from the people to the government agencies.

He praised the Customs Department for initiating the programme in Kapit.

“Despite being located far in the interior, at least Kapit is not left out of the programme as the division is one of the financial contributors to the development of the country. Hopefully the participants know what GST is and impart the knowledge to their colleagues and friends. It is a good beginning and I hope that more such programmes will be held here in the future. GST is something new to Kapit though only a handful of people know of the system,” he pointed out.

On the importance of GST, Nanta said the government could not rely on taxes alone which were insufficient to finance its various mega development programmes.

Later, he presented certificates of participation to some 70 attendees who came from various government agencies, NGOs, and local entrepreneurs.

Earlier, the programme was launched by Customs Sibu head Muhammad Yunus Hanuar.

Explaining GST, Muhammad said it was a broad-based consumption tax based on a value-added concept which would replace the current sales tax and service tax (SST).

“Payment of tax is made in stages by the intermediaries in the production process on the value added at each stage. GST allows the intermediaries to claim back whatever GST paid on the acquisitions made in the course or furtherance of business. Thus the tax itself is not a cost to the intermediaries and does not appear as an expense item in their financial statements” he explained.

He added that the programme had been organised in Sibu and hinted that the department expected to organise a similar programme in Kanowit.

Muhammad disclosed that the department was proposing to set up a GST branch in Kapit and Mukah once the government embarked on its implementation.


Sunday, October 23, 2011

Pakatan batal GST jika memerintah


Fakhri Ali,23 Okt 2011
PERMATANG PAUH, 23 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan tetap dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara kerana ia membebankan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra 'Sepetang Bersama Masyarakat'  di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh, kelmarin.

Menurut beliau lagi, GST adalah satu bentuk paksaan yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyat yang sedang menghadapi masalah bebanan dengan kenaikan harga barangan.

"Sekiranya cukai ini dikenakan kepada rakyat, ia bukan saja membebankan mereka, tetapi menjadikan rakyat terpaksa tunduk kepada hasrat kerajaan untuk menekan dan menzalimi secara hormat.

"Oleh itu, seandainya PR berjaya memenangi kerusi pilihan raya umum yang akan datang, kita berjanji akan membatalkan GST yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah," ujarnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut menyelar kepimpinan Datuk Seri Najib kerana mempermainkan rakyat apabila menangguhkan GST sehingga selepas pilihan raya yang akan datang.

Katanya, apabila cukai yang hendak dikenakan ditangguhkan sebelum pilihan raya, adalah tidak mustahil ianya akan dilaksanakan selepas ini.

"Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada tidak prihatin terhadap keperluan rakyat, sebaliknya memberi prioriti terhadap keperluan mereka bagi memeras dan mencekik darah rakyat," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga membidas BN yang cuba mempolitikkan isu berkaitan pelajar sekolah yang didakwa terlibat dalam kes serangan seksual dikaitkan dengan anak Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Jelasnya lagi, cara politik yang dimainkan bukan saja mempamerkan kedangkalan modal oleh BN, sebaliknya memperlihatkan bahawa parti tersebut senantiasa menjadikan kelucahan sebagai modal politik terdesak.

"Adalah sesuatu yang merbahaya sekiranya, BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan dalam negara apabila mereka tidak dapat menjustifikasikan mana yang baik dan mana yang buruk untuk dipolitikkan," tambahnya lagi.

Rakyat bayar GST, pemimpin bermewah


Muhammad Yusri Amin,23 Okt 2011
KOTA BHARU, 23 Okt: Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah.

Pada masa yang sama, rakyat pula katanya bakal dikenakan cukai barangan GST (Goods and Services Tax) yang sekaligus menyaksikan rakyat bawahan akan terus terbeban.


“Rang Undang-Undang berkaitan sudah diedarkan, tunggu masa hendak diluluskan dan akan dilaksanakan kutipan cukai baru itu ke atas segenap lapisan rakyat tanpa mengira miskin atau kaya.

“Sedangkan dia tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah, bahkan memperkenalkan cukai baru," katanya.

Beliau berucap pada program Penjelasan Sidang Dewan Undangan Negeri dan Bajet 2012 Muslimat anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lajnah Penerangan Muslimat PAS Negeri di JKR 10, Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini semalam.


Mengulas lanjut, Saifuddin mendakwa perbelanjaan negara terus bertambah akibat pemborosan, pembaziaran, kebocoran dan ketirisan.


“Sebagai contoh, perbelanjaan perjalanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencecah RM17 juta, pembayaran bill utility rumah Perdana Menteri dan Timbalannya serta bill air menelan belasan jutaan ringgit.


“Perbelanjaan itu boleh dikawal jika sekiranya cara hidup mewah dihentikan,” katanya.


Menututnya, ini berbeza dengan cara hidup menteri besar di negeri Pakatan Rakyat yang tidak menduduki rumah rasmi, bahkan mendapat pujian daripada Jabatan Audit Negara berkenaan pembaziran dan pemborosan.


Pemberian one-off hasil hutang


Selain itu, beliau mendakwa pengumuman insentif dalam Bajet 2012 oleh Datuk Seri Najib yang bersifat ‘One Off’ adalah hasil daripada hutang.


Menurutnya, negara terpaksa menambah hutang bagi menampakkan BN membiayai rakyat pada masa yang sama mereka menambah defisit negara.


“Hutang yang terpaksa dibuat bagi menampung defisit dan hutang jugalah bagi membiayai rakyat,” dakwanya.


Megnulas Laporan Ketua Audit Negara yang tidak dibentang biarpun perbahasan Bajet 2012 di peringkat dasar telah pun tamat, beliau yakin ada sesuatu yang tidak kena.


“Biasanya bukti-bukti salah urus ini akan dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, setiap tahun.


“Peristiwa (kelewatan) ini saya lebih melihat bahawa ada sesuatu yang tidak kena walaupun penjelasan diberikan pihak Jabatan Audit,” katanya.

Saturday, October 22, 2011

Cukai korporat kekal


ARKIB : 21/10/2011

PETALING JAYA 20 Okt. - Walaupun cukai korporat global secara purata turun kepada 22.96 peratus tahun lepas daripada 29.03 peratus pada 2000, Malaysia dijangka mengekalkan kadar semasa sehingga pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksana.

Sejak 2009, kadar cukai korporat Malaysia berada pada paras 25 peratus.

Ketua Cukai KPMG Malaysia Khoo Chin Guan berkata, berdasarkan kaji selidik tahun ini, penurunan cukai langsung dan kenaikan cukai tidak langsung menjadi pendekatan yang digunakan untuk meningkatkan hasil di arena global.

"Kerajaan meningkatkan pergantungan mereka terhadap sistem GST/VAT (cukai nilai tambah) atas sebab-sebab ekonomi yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chin Guan berkata, berbanding cukai pendapatan, kutipan GST atau VAT kurang terjejas teruk oleh keadaan tidak menentu ekonomi dan kutipan masa sebenar mereka menyediakan aliran pendapatan yang stabil.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia masih mengkaji kesan ke atas perniagaan dan rakyat untuk memperkenalkan GST ke dalam ekonomi, kata beliau.

Tinjauan Tahunan Cukai Tidak Langsung dan Korporat KPMG International mendapati kadar purata cukai korporat dunia jatuh sejak 11 tahun lalu, daripada 29.03 peratus pada 2000 kepada 22.96 peratus pada 2011.

Katanya, kadar purata cukai korporat di rantau Asia Pasifik merosot kepada 22.78 peratus pada 2011 berbanding 23.96 peratus pada 2010.

Latin Amerika pula 25.06 peratus pada 2011 berbanding 25.33 setahun sebelumnya manakala Amerika Utara kepada 22.77 peratus pada tahun ini berbanding 23.67 pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Eropah menjadi satu-satunya rantau yang meningkat daripada 19.98 peratus pada 2010 kepada 20.12 pada 2011 tetapi rantau Afrika kekal.

Kadar cukai purata tidak langsung di global adalah stabil sekitar atau menghampir kadar purata 2011 iaitu 15.41 peratus sejak tiga tahun lalu.

''Kecuali negara-negara yang tidak mengenakan GST dan VAT, kami mendapati kadar purata di Asia berkembang kepada 11.73 peratus pada 2011 berbanding 11.64 peratus.

''Rantau Afrika pula menyaksikan kadar purata GST/VAT daripada 13.91 peratus pada 2010 kepada 14.17 peratus pada 2011,'' tambahnya.

Kadar purata VAT di Eropah meningkat sedikit kepada 19.71 peratus pada 2010 berbanding 19.67 peratus pada 2010.

Sama ada kejatuhan cukai langsung dan kenaikan cukai tidak langsung akan menjadiarah hala berterusan atau sementara, Chin Guan berkata, penurunan cukai langsung dan sebaliknya telah menjadi pendekatan yang dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan di arena global.

Jelasnya, keseimbangan semula cukai korporat global dan cukai tidak langsung dijangka berterusan.

''Perniagaan-perniagaan antarabangsa perlu memastikan mereka mempunyai keseimbangan yang betul dalam sumber pengurusan GST/VAT dan pendapatan cukai untuk pertumbuhan stabil jangka panjang,'' katanya.

Beliau menambah, kadar cukai itu dijangka terus menurun berdasarkan keputusan semasa.

Bagaimanapun, beliau berpendapat Malaysia masih mengekalkan cukai pendapatan korporat 25 peratus sejak 2009 sehingga bersedia memperkenalkan GST.

''Kerajaan-kerajaan meningkatkan kebergantungan kepada sistem GST/VAT sebagai alasan pengukuhan ekonomi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1021&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_05.htm#ixzz2WcxiWRVF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, October 20, 2011

Ernst & Young indicates GST on its way

by Justin Yap. Posted on October 19, 2011, Wednesday

PREPARATION FOR TAX AUDIT: (From left) Lee, Ng, Yoon and Koh
during the Ernst & Young 2012 Budget seminar held at Riverside Majestic Hotel here.

KUCHING: Goods and services tax (GST) should not be brushed aside simply because it was not mentioned in the recently-tabled Budget 2012 announcement, said Ernst and Young Tax Consultants Sdn Bhd (Ernst & Young) director Koh Siok Kiat.

He was speaking at the sideline of the ‘Ernst & Young 2012 Budget’ seminar held at a local hotel here yesterday. The annual event was specially organised for Ernst & Young’s clients with the hope of keeping them abreast of changes proposed in Budget 2012.

“In fact, the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak himself has announced that it will be implemented after our general election,” he added.

“In the long run there has to be a wider tax base to generate the necessary income to reduce the budget deficit.”

Koh further pointed out that the tax burden should be shared by all and not confined to only a small percentage of population, who are currently paying more income taxes, financing all the development activities of the country.

Therefore, even though there was no mention of GST in the budget this time around, all indications had shown that it was on its way, Koh hinted.

“Get ready now and carry out a thorough assessment of your systems and procedures while you can afford the time.

“GST can be a rather complex tax and a thorough assessments is the way to go in order to avoid any GST nightmares in the future,” he advised.

On the other hand, many regarded the Budget 2012 as ‘expansionary’ in tough times.

“The lower income group have reasons to rejoice for this,” said Ernst & Young East Malaysia head Yong Voon Kar, to which he viewed the once-off payment of RM500 to households with a monthly income of RM3,000 and below as benefitting more than half of all households in Malaysia.

Ernst & Young executive director Azhar Lee, meanwhile, pointed out, “Much to our delight, there is no new tax and no increase in existing taxes except for the small increase in real-property gain tax (RPGT) from five per cent to 10 per cent for gains from sale of property within two years.

“However, what this means is that the government would have to generate more income from its existing tax systems both direct and indirectly,” Azhar said.

“The government would need more income to continue providing more of everything – more infrastructure development, more efficient services, more jobs and more financial assistant.”

Hence, he said, “Get your tax affairs in order and be prepared for tougher enforcement measures and Inland Revenue Board (IRB) audit. This brings us to the importance of always keeping sufficient records and documentations.”

According to the IRB, many audit resulting in additional taxes and penalties were due to lack of

documentation to prove the authencity of claims for deductions and incentives.

“Whenever there is a doubt, IRB will make the necessary adjustments to disallow the claims for deductions or incentives and issues ‘best judgement’ assessments which may be difficult to dispute simply because of the lack of documentary evidence to prove otherwise,” explained Lee.

He further pointed out that another area of increasing concern for IRB was the transfer pricing that often resulted in tax leakage.

“Transfer pricing issues may not just concern multinationals. Local corporations are equally targeted. Without transfer pricing documentations in place, transfer pricing audits could possibly be another source of income for the IRB.”

Another speaker, Ernst & Young director Ng Siaw Wei added that one quick avenue for IRB to increase its coffers was to impose stiffer penalties.

“Indeed, the IRB has done so recently without giving any advance notice. With effect from this October 1, penalties for late submission of tax return have been increased, ranging from 20 per cent to 35 per cent, depending on how late the tax returns are submitted after the deadline.”

IRB had also been provided with greater powers in the Budget 2012 to call for information, having access to computerised data and generally to collect tax faster without issuing any assessment.

Apart from that, Ernst & Young director Robert Yoon, during the budget seminar also spoke about the many targeted initiatives proposed in the budget especially with regards to innovation, education, talent, financial services and franchise fee as well as hybrid cars amongst others.

“All of these are welcome and in the right direction as they are all intended to propel our nation to a high income economy in one way or another,” he said.


Friday, October 14, 2011

GST selepas PRU-13 hampir realiti


Harakahdaily,14 Okt 2011
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Pakatan Rakyat yakin kerajaan Barisan Nasional akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika kekal berkuasa selepas PRU13. 

Menurut Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli, melaksanakan GST adalah satu satunya jalan keluar bagi membolehkan Belanjawan 2012 yang berjumlah RM232 bilion dapat direalisasikan dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang menurun sekarang.


Katanya, ini kerana ekonomi negara sukar untuk mencapai sasaran pertumbuhan 5% - 6% memandangkan angka unjuran ekonomi terkini yang dibuat Malaysian Institute of Economics Research (MIER) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 kepada 4.6%.


"Ini akan memberi kesan kepada jumlah pendapatan negara bagi tahun 2012 akibat kutipan cukai dan hasil lain yang berkurangan berikutan pertumbuhan ekonomi 2012 yang lebih perlahan," katanya.


Untuk merealisasikan Belanjawan 2012, BN ujarnya perlu meminjam sekurang-kurangnya RM46 bilion untuk membiayai defisit Belanjawan 2012; itu pun jika ekonomi tumbuh pada kadar 5% - 6% bagi tahun 2012. 


Pada masa yang sama, keupayaan kerajaan mengeluarkan terbitan bon dan instrumen hutang baru dalam tahun 2012 adalah terbatas akibat had keberhutangan negara (debt ceiling) yang dihadkan kepada 55% daripada KDNK di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983. 


Tambahnya, hutang negara kini sudah pun mencecah 53% dari KDNK berdasarkan angka rasmi Bank Negara Malaysia setakat Jun 2011, maka sebarang hutang baru sudah tentu bertentangan dengan undang-undang negara.


"Ini mengesahkan niat Perdana Menteri untuk serta-merta melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya Barisan Nasional kekal berkuasa selepas PRU13. 


"Ini adalah satu pertaruhan yang diambil oleh Perdana Menteri, dengan niat mengabui mata rakyat dan menawarkan gula-gula bermula dengan bayaran dalam Januari 2012 kelak tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas PRU13 kelak," tegasnya.

GST perlu segera dilaksanakan


ARKIB : 13/10/2011

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Malaysia perlu segera melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi menampung dana yang diperuntukkan di bawah Bajet 2012, kata firma percukaian dan audit, UHY Malaysia.

Rakan kongsi kanan UHY Malaysia, Alvin Tee berkata, peruntukan kerajaan sebanyak RM232.8 bilion pada Bajet 2012 dengan bajet defisit yang rendah dilihat sukar untuk ditampung dengan dana sedia ada.

Sehubungan itu, katanya, mungkin lebih praktikal untuk Kerajaan menangguhkan beberapa cadangan dalam Bajet 2012 berikutan keperluan pembiayaannya.

''Ramai pemerhati menjangkakan pengumuman Bajet 2012 baru-baru ini melibatkan pelaksanaan GST dalam negara, tetapi ia tidak berlaku,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Pengenalan GST merupakan inisiatif yang disenaraikan dalam Kewangan Awam Pembaharuan Inisiatif Strategik (SRI) dan ia harus dijalankan dengan segera.

GST merupakan cukai penggunaan menyeluruh dan ia menjadi mekanisme kerajaan di seluruh dunia untuk mengutip hasil selain menangani masalah defisit bajet.

Agensi di belakang Program Transformasi Ekonomi (ETP), Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan Pemandu (PEMANDU), turut menganggarkan tambahan RM6 bilion pada hasil Kerajaan dalam tempoh dua tahun pelaksanaannya.

Tambah Tee, GST merupakan sistem yang saksama berbanding rejim cukai perkhidmatan dan jualan yang tidak diberi kredit input.

Katanya, bagi negara yang memperkenalkan GST, ia telah membentuk sebahagian besar hasil cukai Kerajaan.

''Bajet 2012 merupakan pemangkin inisiatif ETP Kerajaan, jadi Malaysia harus melaksanakan GST sebagai salah satu ciri ekonominya dalam usaha untuk bersaing dengan negara lain,'' ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm#ixzz2WcwFOKsK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, October 6, 2011

Monitor implementation of 2012 Budget


ARKIB : 05/10/2011

Actually, the time to make recommendation for the 2012 Budget can be said to be over with the draft for the tabling by the Prime Minister now at the final stage.

However, this does not mean Datuk Seri Najib Tun Razak no longer accept views which are proactive and productive, especially from the people.

Salary, price of goods and oil are the three main factors which determine the people’s cost of living, but the government can only control salary and income, even then, only to a certain extent, to avoid inflation.

The oil factor is beyond control because it depends on world market price , while the price of food and other products, depends on the oil price.

However, there are several aspects of implementing the 2012 Budget to reduce the people’s cost of living.

To a veteran observer of the country’s economic affairs, Professor Dr. Amir Baharuddin, it is not the content of the 2012 Budget, but what is important is its implementation.

“Regardless of what is announced in the Budget, it will not bring any effect, if the implementation is not well-monitored,” he said.

He said if the people are comfortable and able to get what have been promised, they will love the government.

He suggested that a monitoring mechanism on the delivery of any form of subsidy or incentive promised to the people to avoid leakage to foreigners or those who are not eligible to receive them.

“Subsidy, like for books or laptops, for students should be properly monitored to ensure only those eligible benefit from it,” he added.

He also hoped that goods or products which are controlled and their prices are set to also be monitored, and also the rental rates of premises, to avoid it being burdened on consumers.

“The government can introduce a rental rate control since there are developers and owners who impose high rate that traders can’t afford it,” he said.

On the monitoring aspect, he suggested that the relevant ministry seek the consumers’ cooperation by providing a place for them to lodge complaints.

“Since it is difficult to implement the mechanism on monitoring and control due to shortage of work force, the ministry should utilize the consumers to monitor prices of goods.

“Provide them with places where they can lodge complaints like a portal in the Internet, but there has to be follow-ups, because the people will want to see results from the information they provide to the government,” he said.

On salary increase and bonus for public servants, Amir said he said increasing the salary could lead to inflation.

“No point in having a high salary if there is high inflation as a result of poor monitoring and enforcement against errant traders. It is better to give bonus,” he added.

He said it should be emphasized that the government transformation, the economic transformation and the 2012 Budget will only succeed if they are to be implemented successfully.

Head of the Economy and Finance Cluster of the National Council of Professors, Professor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman also agreed that the aspect of implementation is crucial to determine the success of 2012 Budget.

“It depends on what is announced. The aspect on implementation and management is crucial to avoid a leakage.

“The government can spend a huge amount , but it will not achieve the target if not monitored,” he said.

On the possible salary increase, he hoped the government would also focus on the employees saving scheme and not just on spending.

“The workers will be happy, but it does not mean that they can save due to the increase in living cost. Focus should also be given to productivity,” he added.

Therefore, Abdul Rahim said he preferred that the salary increase to commensurate with job performance rather then to give it to all public servants.

He said the incentives to be given by the government are not only in the form of salary increment, but also income tax deduction and other tax deduction, could also reduce the people’s living cost.

“Subsidy is good for the people, but will increase the country’s deficit. Therefore, other incentives, like tax deduction, is more suitable and effective. The main challenge for the government is to find a balance between long and short term,” he said.

He said the Goods and Services Tax (GST) was good for long term and could reduce the country’s deficit.

“But, GST is not suitable to be implemented yet, not only because of the political aspect, but also economically, due to the increase in the cost of living,” he added.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1005&pub=themessenger&sec=Features&pg=fe_01.htm#ixzz2WdLQlQAA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pantau pelaksanaan Belanjawan 2012


ARKIB : 05/10/2011

SEBENARNYA, tempoh untuk membuat saranan bagi Belanjawan 2012 boleh dikatakan sudah tamat memandangkan draf pembentangan Perdana Menteri juga sudah berada di peringkat tapisan akhir.

Namun, itu tidak bermakna Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi menerima cadangan proaktif dan produktif mana-mana pihak terutamanya daripada rakyat jelata.

Gaji, harga barang dan minyak menjadi tiga faktor utama menentukan kos sara hidup rakyat kini tetapi kerajaan sebenarnya hanya boleh mengawal aspek gaji atau pendapatan, itu pun sehingga tahap tertentu sahaja bagi mengelakkan inflasi.

Faktor minyak sememangnya di luar kawalan kerana terpaksa mengikut harga pasaran dunia sementara harga makanan dan kebanyakan produk lain akan mengikut harga minyak memandangkan hampir keseluruhan jentera pengangkutan dan pembuatan masih menggunakan minyak.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa aspek pelaksanaan Belanjawan 2012 untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang masih dalam bidang kuasa kerajaan.

Bagi pemerhati veteran hal ehwal ekonomi negara, Profesor Dr. Amir Baharuddin, bukannya isi Belanjawan 2012 tetapi aspek pelaksanaan selepas pembentangannya adalah yang paling penting.

"Apa sekalipun yang diumumkan dalam belanjawan ini tidak akan menjadi atau memberi kesan jika pelaksanaannya tidak dipantau rapi. Mengikut cara transformasi kerajaan dan ekonomi, biarlah apa yang diumumkan berkesan, menepati sasaran dan paling penting dirasai rakyat yang mengundi kerajaan," tegasnya.

Tambahnya, jika rakyat selesa dan merasai apa dijanjikan, maka mereka akan sayang kerajaan kerana apa yang dikehendaki adalah 'keberkesanan'.

Antara saranan beliau adalah satu mekanisme pemantauan terhadap penyampaian sebarang bentuk subsidi atau insentif yang dijanjikan kepada rakyat agar tidak berlaku ketirisan kepada warga asing atau mereka yang tidak layak.

"Subsidi seperti buku atau komputer riba kepada pelajar juga perlu dipantau rapi bagi memastikan yang layak dan berhak sahaja menerimanya. Perhatikan juga sama ada penerima telah menerima subsidi sama sebelum ini," katanya.

Beliau juga berharap barang atau produk yang dikawal atau ditetapkan harganya dipantau rapi, bukan sahaja di peringkat runcit malahan di peringkat gerai.

Amir turut mencadangkan pemantauan atau kawalan terhadap kadar sewaan dilaksanakan agar penjimatan harga barang tidak diserap pula dengan kos sewa terlalu mahal. Belanjawan 2012 boleh dirosakkan jika kadar sewaan tidak dipantau langsung kerana akhirnya kos itu akan ditolak kepada pengguna melalui kenaikan harga barang yang dijual.

"Kerajaan boleh wujudkan kawalan kadar sewaan memandangkan ada pemaju dan pemilik kini bertindak mengenakan caj sewaan melampau sehinggakan peniaga sendiri tidak mampu membayar sewa," dakwanya.

Dalam aspek pemantauan, beliau mencadangkan kementerian berkenaan menggunakan sepenuhnya kerjasama pengguna selaku agen pemantau pasaran dengan menyediakan tempat membuat aduan.

"Memandangkan mekanisme pemantauan dan kawalan sukar dilaksanakan kerana kekurangan tenaga kerja, kementerian berkenaan perlu menggunakan sebaiknya kesediaan para pengguna sendiri memantau harga barang dan perkhidmatan.

"Sediakan tempat untuk mereka salurkan aduan dan laporan seperti portal di internet tetapi jangan pula tidak disusuli tindakan kerana rakyat mahu melihat ada kesan hasil bantuan yang mereka salurkan secara percuma kepada kerajaan," jelasnya.

Berhubung kenaikan gaji dan bonus untuk kakitangan awam, Amir berkata, beliau tidak menyokong kenaikan gaji kerana dikhuatiri hanya membawa kepada inflasi kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

"Gaji tinggi tidak berguna jika disusuli inflasi tinggi akibat tiada pemantauan dan pelaksanaan perundangan terhadap peniaga yang ingkar. Pemberian bonus adalah lebih baik kerana bukan berpanjangan dan sukar dijadikan alasan menaikkan harga barang," katanya.

Walaupun Belanjawan 2012 mungkin telah ada ketetapan, beliau tetap mencadangkan pemberian bonus terlebih dahulu dan disusuli pemantauan terhadap kawalan perbelanjaan dan inflasi sebelum diberikan insentif lain seperti kenaikan gaji.

"Perlu ditekankan di sini, transformasi kerajaan, transformasi ekonomi dan Belanjawan 2012 boleh dianggap berjaya jika wujud 'keberkesanan' dalam pelaksanaannya dan ini bermula dengan pemantauan rapi apa yang diumumkan atas kertas, dan apa yang dicapai akhirnya," tegasnya.

Ketua Jaringan Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara, Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman juga bersetuju aspek pelaksanaan amat penting dalam menentukan kejayaan Belanjawan 2012.

"Bergantung kepada apa yang diumumkan dalam belanjawan kali ini, aspek pelaksanaan dan pengurusan amat penting dalam mengelakkan ketirisan berlaku.

"Kerajaan boleh belanjakan berapa sekalipun mengikut keperluan dan keutamaan tetapi sukar mencapai sasaran jika pelaksanaan rancangan itu tidak dipantau dengan baik," tegasnya.

Berhubung kebarangkalian kenaikan gaji, beliau berharap kerajaan turut memberi fokus kepada skim simpanan pekerja dan bukan sekadar kemampuan berbelanja.

"Dari satu sudut, pekerja secara umumnya pasti gembira tetapi ini tidak bererti mereka mampu menyimpan kerana kos sara hidup mungkin terus meningkat bersama gaji yang lebih besar. Produktiviti kerja juga perlu diberi tumpuan kerana pekerja tidak produktif tetapi menikmati gaji tinggi akan memberi kesan kepada ekonomi,"jelasnya.

Oleh itu, Abdul Rahim lebih cenderung ke arah kenaikan gaji diberi berdasarkan prestasi kerja berbanding diberi sama rata kepada semua kakitangan awam agar kesannya dinikmati dalam jangka panjang dan bukan bersifat sementara sahaja.

Beliau menjelaskan, kerajaan juga tidak semestinya memberi kenaikan gaji kerana insentif lain seperti potongan cukai pendapatan dan cukai lain juga dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Subsidi bagus untuk rakyat tetapi akan menambah defisit belanjawan tahunan negara. Oleh itu, insentif lain seperti potongan cukai lebih sesuai dan berkesan. Cabaran utama bagi kerajaan kini adalah mencari keseimbangan jangka panjang dan jangka pendek. Walaupun belanjawan ini dikaitkan dengan pilihan raya umum, defisit yang ditanggung juga perlu ditangani," katanya.

Memberi contoh cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Abdul Rahim menjelaskan cukai tersebut bagus untuk jangka panjang dan dapat mengurangkan defisit belanjawan tahunan negara.

"Namun, GST tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini bukan sahaja dari sudut politik malahan tetapi dari sudut ekonomi berikutan peningkatan kos sara hidup.

"Semuanya bergantung kepada keseimbangan yang mahu dicapai sementara pemantauan pelaksanaannya akan menentukan keseimbangan dan sasaran Belanjawan 2012 memberi kesan positif kepada rakyat dan ekonomi negara," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1005&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz2WcveXvSN
© Utusan Melayu (M) Bhd