GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, October 2, 2012

Atasi ketirisan pungut cukai


 Oleh Haspaizi Mohd Zain


Kuala Lumpur: Kerajaan perlu mengatasi masalah ketirisan pungutan cukai bagi memastikan perancangan untuk menjadi Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 tidak terbantut. 

Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Kamil Md Idris, berkata bagi mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu menyediakan belanjawan atau bajet sekurang-kurangnya RM700 bilion setahun. 


Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM251.6 bilion dalam Bajet 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu tidak memadai untuk dibelanjakan bagi membangunkan negara terutama dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan awam. 


Memang orang ramai tidak sukakan cukai tetapi bagi saya kita perlu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Hari ini kalau kita lihat kerajaan hanya membelanjakan apa yang ada saja. 

Kena berbelanja 

Kita kena berbelanja untuk meningkatkan taraf pengangkutan awam supaya lebih cekap, mahu tidak mahu kita perlu lakukannya kerana hari ini penduduk semakin bertambah dan pengangkutan awam amat diperlukan. 

Tidak ada gunanya jika harga kereta diturunkan tetapi kita tidak mampu menyediakan kemudahan asas seperti jalan yang selesa, malah secara perkapita jumlah kereta di negara kita sebenarnya adalah tinggi, katanya pada sesi Wacana Majlis Profesor Negara (MPN) Pasca Bajet 2013: Mentransformasi Negara. 

Ketua Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid bertindak selaku moderator pada sesi wacana berkenaan. 

Kamil berkata, pelaksanaan GST mampu menyumbang kepada pembangunan negara yang secara langsung atau manfaat daripada kutipan cukai itu disalurkan kembali kepada rakyat untuk dinikmati. 

Tumpu kumpulan minoriti 

Sementara itu, Dr Sarjit Singh Gill dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berpendapat kerajaan perlu memberi tumpuan kepada kumpulan minoriti di negara ini supaya Bajet 2013 dapat dinikmati bersama golongan berkenaan 

Katanya, peruntukan yang disalurkan kepada kumpulan berkenaan tidak boleh hanya tertumpu kepada aspek pembangunan fizikal, sebaliknya perlu diberi tumpuan kepada bidang pendidikan. 

Golongan minoriti di negara ini memerlukan big brother seperti orang Melayu ada UMNO, Cina dengan MCA dan India ada MIC. Pembangkang tidak berminat kepada kumpulan minoriti. Mereka lebih memberi tumpuan kepada masyarakat Melayu, Cina dan India. 

Kumpulan ini masih lagi bersama Barisan Nasional (BN). Oleh itu, saya rasakan bahawa kerajaan perlu mewujudkan Jabatan Kemajuan Minoriti yang diletakkan dibawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi membantu ataupun memantau kumpulan ini, katanya.

No comments:

Post a Comment