GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Sunday, September 30, 2012

Prospek baik bagi pelaburan di Malaysia


ARKIB : 29/09/2012

SINGAPURA 28 Sept. - Cadangan Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi prospek baik bagi pelaburan di Malaysia, dengan tumpuan bagi sektor minyak dan gas, pendidikan, pertanian dan perkhidmatan kewangan," kata Rakan Kongsi Urusan, Ernst & Young Tax Consultants Sdn. Bhd., Yeo Eng Ping,

"Pelaburan langsung asing dan domestik diunjur meningkat dengan ketara pada 2013, sebanyak hampir 90 peratus.

"Ini termasuk inisiatif untuk memperkenalkan Malaysia sebagai hab bersepadu global bagi penapisan, simpanan dan dagangan, dan sebagai pusat kewangan antarabangsa dengan pelancaran Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan yang mengulas Bajet 2013, hari ini.

Keseluruhannya, beliau berkata, Bajet 2013 menyeluruh dan apa yang lebih penting bertanggungjawab dari segi fiskal.

Yeo berkata, ia mencerminkan komitmen kukuh untuk mengurangkan defisit dan mencapai bajet berimbang menerusi pengukuhan sistem cukai, pemerolehan kerajaan lebih cekap dan peralihan daripada subsidi pukal kepada subsidi yang disasarkan.

"Defisit dijangka berkurangan daripada 4.5 peratus pada 2012 kepada 4.0 peratus pada 2013," katanya.

Yeo berkata, kerajaan juga memberikan isyarat akan melaksanakan pengenalan cukai penggunaan menyeluruh.

Menurutnya, pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah beberapa tahun diusulkan dan ucapan Perdana Menteri mengesahkan keazaman kerajaan untuk melaksanakannya.

Beliau juga berkata, kadar cukai pendapatan peribadi juga akan dikurangkan sebanyak satu peratus bagi kumpulan pendapatan.

"Bagaimanapun, kadar cukai keuntungan harta tanah akan dinaikkan sebanyak lima peratus," katanya. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120929/ek_02/Prospek-baik-bagi-pelaburan-di-Malaysia#ixzz2WdEep1D8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment