GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

PRO perlu mainkan peranan bantu terangkan dasar kerajaan


ARKIB : 25/04/2014

KOTA BHARU 24 April - Pengamal media dan Pegawai Perhubungan Awam (PRO) negeri ini diseru untuk turut sama memainkan peranan dengan membantu menerangkan dasar-dasar kerajaan.

Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Ramly Yusof berkata, langkah berkenaan bertujuan untuk memastikan maklumat yang diterima oleh rakyat itu betul dan tepat sekaligus mengelakkan timbulnya kekeliruan.

Menurutnya, antara itu yang memerlukan penjelasan secara lebih mendalam ialah isu royalti, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan persekutuan di negeri ini.

“Hasrat kita ialah mahu rakyat di negeri ini mendapat maklumat secara lebih terperinci berhubung sesuatu isu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Minda Media Engagement di sini kelmarin. Seramai 128 PRO dari seluruh negeri ini telah menyertai program tersebut.

Ramly memberitahu, pihaknya akan memperkenalkan konsep 3M dalam usaha memperkasakan lagi sistem penyampaian maklumat kepada orang awam.

Katanya, konsep 3M itu meliputi menyampaikan maklumat, membuat pemantauan (monitor) dan menyampaikan maklum balas kepada pihak jabatan.

“Saya yakin dan percaya sekiranya konsep ini diterapkan kepada seluruh jabatan, mesej penyampaian akan menjadi lebih mantap," ujarnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment