GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Islam benar kutipan cukai


Publication: BH
Date of publication: May 3, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 010
Byline / Author: Oleh Nik Sukry Ramli

Kuantan: Islam membenarkan kutipan cukai selagi konsepnya tidak menzalimi, membeban dan mengakibatkan ketidakadilan ke atas rakyat.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (gambar), berkata amalan mengutip cukai diamalkan Islam sejak zaman Saidina Omar lagi, sekali gus tidak wajar rakyat negara ini terutama Islam menyalahkan kaedah yang digunakan kerajaan dalam melaksanakan kutipan hasil itu.

Sambil menegaskan perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara kelmarin adalah haram dan salah dari segi syarak, beliau berkata, ada banyak kaedah digunakan untuk memungut cukai termasuk GST yang bakal dikuatkuasakan di Malaysia dan sudah pun digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara maju.

"Kalau lihat dari segi syarak, tindakan membantah kerajaan adalah seperti berpaling tadah dan haram. Saya tengok lebih daripada 100 hadis menceritakan bahawa haram menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi.

"Masalahnya, pembangkang tidak ambil contoh kerana takut perpecahan di antara mereka sedangkan itu asasnya," katanya sambil turut menasihatkan rakyat agar memberi peluang kepada kerajaan melaksanakan GST dan melantik profesional untuk mengkaji pelaksanaan kutipan cukai itu.

Abdul Rahman berkata, apa saja bentuk kutipan cukai, tidak menyalahi hukum selagi hasil diperoleh disalurkan kepada golongan yang layak untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan dan pembangunan ekonomi mereka.

GST contoh cukai terbaik

"Jika GST dirasakan tidak Islam, saya rasa kerajaan bersedia menilainya semula. Buat masa sekarang, GSTadalah contoh cukai yang terbaik dan jika ada yang lebih Islam, saya yakin kerajaan akan mempertimbangkannya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Karnival Muamalat dan Cinta Rasul peringkat negeri, di sini semalam, yang dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek serta Timbalan Yang Dipertuan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

No comments:

Post a Comment