GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Keinginan rakyat beli hartanah menyusut


Publication: BH
Date of publication: May 7, 2014
Section heading: Bisnes
Page number: 003
Byline / Author: Oleh Suffian A Bakar

Kaji selidik PropertyGuru International (Malaysia) Sdn Bhd, pengendali enjin carian PropertyGuru.com.my berhubung sentimen pengguna terhadap pasaran hartanah tempatan mendapati hasrat untuk membeli hartanah dalam kalangan rakyat semakin menyusut berikutan kos pemilikan semakin tinggi.

Pengarah Negara, Gerard Khoo, berkata kediaman di Malaysia kini menjadi jauh lebih mahal, dan keseluruhan kepuasan berhubung persekitaran hartanah tempatan menyusut kepada 32 peratus pada suku keempat 2013 daripada 37 peratus suku sebelumnya, dan tahap kepuasan itu diunjurkan bertambah rendah lagi tahun ini.

"Harga yang lebih mahal daripada sepatutnya, harga tidak munasabah ditawarkan berbanding keadaan hartanah, dan kenaikan pantas harga hartanah adalah tiga faktor utama bagi ketidakpuasan itu," katanya ketika merumuskan hasil kaji selidik itu di Kuala Lumpur, semalam.

Khoo berkata, sungguhpun purata pendapatan isi rumah Malaysia kini meningkat dan mencecah RM5,000 sebulan, penanda aras harga rumah mampu milik berada pada jajaran yang lebih tinggi iaitu RM300,000 hingga RM600,000 seunit.

Keadaan ini katanya, diburukkan lagi oleh faktor seperti peningkatan hutang isi rumah, kenaikan kadar Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT), cukai barang dan perkhidmatan (GST), lebihan bekalan dan risiko ketika pembinaan.

"Sehubungan itu, ramai rakyat negara ini berhadapan kesukaran mendapatkan hartanah pilihan, dan kebiasaannya ia ditenggelami oleh faktor lain yang mempengaruhi keputusan untuk membeli," katanya.

Pemaju dan bakal pembeli akan berhadapan cabaran lebih besar apabila kerajaan dan agensi di bawahnya melaksanakan langkah pengawalan harga.

Di bawah Bajet 2014, kerajaan mengumumkan RPGT dinaikkan kepada 30 peratus bagi pembeli yang menjual kediaman dalam tempoh tiga tahun. Harga kediaman minimum untuk pembeli asing pula dinaikkan kepada RM1 juta, berkuat kuasa tahun ini.

Beliau berkata, RPGT dan GST akan memberikan lebih cabaran kepada kedua-dua pemaju dan pembeli.

Ini kerana bahan binaan akan tertakluk kepada cukai, yang akan menaikkan lagi harga kediaman selepasGST diperkenalkan pada April 2015, sungguhpun hartanah kediaman diberi pengecualian, katanya.

No comments:

Post a Comment