GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, May 9, 2014

Cetek pengetahuan bantah GST


ARKIB : 05/05/2014
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 4 Mei - Sebahagian besar daripada mereka yang datang untuk menyertai demonstrasi menbantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara baru-baru ini tidak faham kerangka GST yang kononnya mereka perjuangkan untuk dimansuh.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, segelintir pihak yang menyertai demonstrasi itu jelas cetek penge­tahuan terhadap dasar baik yang dilaksanakan kerajaan mahupun sebarang isu dan jelas apa yang mereka lakukan itu kerana terpengaruh hasutan golongan yang mahu mengkucar-kacirkan negara.

“Macam mana mereka yang datang dengan jumlah yang beribu-ibu itu gagal menjawab dengan tepat apabila diajukan soalan berkaitan GST. Mereka tidak memberikan jawapan yang tepat.

“Pelbagai jawapan keluar dari mulut mereka, malah ia langsung tidak membukti kefahaman mereka terhadap GST yang dilaksanakan ini. Sangat malu apabila mereka sendiri tidak mahu memahami keadaan sebenar berhubung pelaksanaan GST, sebaliknya terpengaruh dengan fahaman songsang yang dicetus pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Mohamad bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Menembak Pentadbiran Kerajaan negeri di Lapang Sasar Bukit Gala Mantin dekat sini hari ini yang turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan.

Kata beliau, inilah bukti kerja pihak pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat tanpa menyatakan keadaan sebenar berkaitan GST ini.

“Sama ada mereka tahu atau sengaja membesar-besarkan isu ini, saya tidak tahu tetapi inilah kerja pembangkang yang cuba meracuni dan mengapi-apikan pemikiran rakyat," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan negara di dunia ketika ini telah melaksanakan sistem berkenaan dan hasil daripada GST itu telah digunakan untuk membantu rakyat terutamanya melibatkan golongan berpendapatan rendah termasuk di Amerika Syarikat.

Malah katanya, sistem itu sebenarnya cukup baik kepada negara dalam membantu rakyat menerusi pendapatan yang diperoleh daripada GST.

“Orang bercakap barang keperluan harian rakyat akan kena GST, itu tidak betul. Boleh dikatakan kalau mereka ke pasar hampir 90 peratus barangan keperluan rakyat tidak dikenakan selain pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam.

“Kalau ada lagi barangan yang difikirkan perlu dikecualikan dari GST beritahulah kepada kerajaan menerusi cara yang betul dan kita akan perhalusinya. Jangan asyik buat perhimpunan bantah GST sedangkan apa itu GST pun tidak tahu apa maksudnya," kata beliau.

Untuk itu kata Mohamad, pihak­nya akan melaksanakan program penerangan mengenai sistem percukaian baharu kepada segenap lapisan masyarakat bagi memberikan kefahaman yang lebih terperinci.

Jelas beliau, ini termasuk penerangan kepada kakitangan awam, Jawatankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung (JKKK), nazir masjid dan orang ramai yang mana program ini akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment