GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Kerajaan tetap teruskan GST


WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Mei 2014

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 meskipun mendapat bantahan daripada sesetengah pihak.

Langkah ini diambil sejajar persiapan kerajaan yang sudah diambil hampir 30 tahun bagi tujuan itu.

Menyifatkan perhimpunan membantah GST sebagai tidak wajar, Kementerian Kewangan berkata, penganjur seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat. 

"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan,” katanya.

GST yang dikenakan pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dikecualikan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.

Barangan dan perkhidmatan lain yang turut dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen dan perkhidmatan kesihatan.

Tambahnya, GST bukan perkara baharu, malah 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya.

Kadar GST yang bakal dikenakan juga adalah antara yang terendah dalam dunia.

"Prinsip yang perlu semua fahami adalah cukai itu diproses daripada rakyat dan dikembalikan semula kepada rakyat untuk tujuan pembangunan sosial serta ekonomi mereka.

"Kerajaan tak simpan duit itu kerana kita akan kembalikan kepada rakyat melalui bajet tahunan,” katanya.

No comments:

Post a Comment