GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Abdul Khalid nafi sokong GST


AISHAH HABIRIN
5 Mei 2014
Kenyataan Abdul Khalid melalui laman Facebook miliknya.
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak menyokong cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tetapi hanya menyarankan agar pelaksanaannya ditangguhkan sehingga jurang pendapatan diselesaikan.

Beliau menerusi laman sosial Facebook menyatakan, laporan yang mendakwa beliau menyokong cukai yang akan berkuat kuasa 1 April tahun depan itu disalah tafsir oleh media.

“Kenyataan saya mengenai GST disalah tafsir. Saya dengan jelas berkata pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan jika Gini coefficient (ukuran statistik ketidakseimbangan pendapatan dalam negara) adalah kurang daripada 4.5.

“Pelaksanaan GST perlu ditangguhkan sehingga kerajaan persekutuan menangani isu jurang pendapatan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid di laman sama Jumaat lalu turut menyatakan perkara sama dan meminta ia ditangani terlebih dahulu.

“Belum masanya lagi untuk negara ini melaksanakan GST. Selesaikan dahulu jurang pendapatan rakyat.

“Saya tidak bersetuju dilaksanakan GST sekarang kerana jurang pendapatan antara rakyat berpendapatan rendah dan rakyat berpendapatan tinggi masih jauh,” katanya.

Sinar Harian Sabtu lalu melaporkan Menteri Besar itu menyokong tindakan kerajaan mahu melaksanakan GST, tetapi menyifatkan cukai tersebut masih belum sesuai dilaksanakan di negara ini.

Beliau dalam laporan itu menekankan perbezaan pendapatan rakyat di negara ini amat tinggi dan sekiranya GST tetap dilaksanakan akan menambah beban khusus kepada golongan rendah pendapatan.

No comments:

Post a Comment