GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

GST akan tetap dilaksanakan


ARKIB : 02/05/2014

KUALA LUMPUR 1 Mei - Kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan pada 1 April tahun hadapan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, GST tetap dilaksanakan tanpa sebarang keraguan selepas kerajaan mengambil kira semua faktor berkaitan demi menjamin kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, pelaksanaan GST tidak akan membebankan rakyat kerana dengan kadar enam peratus, Malaysia menjadi antara lapan daripada 161 negara yang mengenakan kadar GST terendah apabila ia dilaksanakan kelak.

"Malaysia menunggu 30 tahun untuk melaksanakan GST dan perkara ini direalisasikan pada tahun depan.

"Saya pasti, menjelang tahun depan, rakyat memahami kepentingan dan fungsi GST dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik." katanya ketika menyampaikan taklimat khas berkaitan GST anjuran Kementerian Kewangan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 di sini hari ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment