GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, May 9, 2014

Himpunan GST sengaja mengelirukan rakyat


ARKIB : 05/05/2014

KUALA LUMPUR 4 Mei - Penganjuran perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhid­matan (GST) pada Khamis lalu sengaja diadakan untuk mengelirukan pemahaman rakyat mengenai pelaksanaan cukai tersebut.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, perkara tersebut juga sebenarnya merupakan agenda pihak pembangkang untuk menjatuhkan imej kerajaan sekarang menggunakan cara jalanan.

Beliau berkata, walaupun pihak pembangkang memahami tujuan pelaksanaan GST, tetapi mereka dilihat sengaja menjadikan isu tersebut untuk mengelirukan rakyat demi kepentingan politik.

“Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mereka sudah faham mengenai pelaksanaan cukai itu. Mereka faham dahulu kita perlu membayar cukai sebanyak 18 hingga 20 peratus, tetapi sekarang kita perlu bayar enam peratus sahaja menerusi GST.

“Bagaimanapun rakyat tersepit apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab sengaja membuat demonstrasi bagi memberi impak kepada orang awam agar mereka fikir sama ada perkara ini (GST) itu betul atau salah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengedarkan risalah mengenai kesedaran GST di Pudu Sentral di sini hari ini.

Mohd. Firdaus berkata, rakyat khususnya golongan peniaga dan pengguna tidak perlu bimbang kerana GST tidak akan membebankan mereka.

Katanya, pelaksanaan GST juga dapat memberi manfaat lebih baik kepada rakyat apabila cukai tersebut boleh mengurangkan harga barangan serta perkhidmatan tertentu di negara ini.

“Barang keperluan asas seperti tepung, beras, minyak masak tidak akan dikenakan GST. Jadi, pengguna tidak akan terbeban dengan pelaksanaan cukai itu," jelasnya.

Tambah beliau, pihaknya menyokong penuh GST serta akan bekerjasama dengan kerajaan untuk memaklumkan tujuan pelaksanaan cukai berkenaan kepada orang ramai.

“Fasa pertama kita sudah mulakan pada hari ini di Kuala Lumpur manakala bagi fasa kedua kita akan meneruskan pengedaran risalah-risalah GST di seluruh negara," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment