GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

MB Selangor sokong laksana GST


Publication: BH
Date of publication: May 3, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 010

Ijok: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau menyokong Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana ia sistem percukaian yang cekap, menyeluruh dan sudah dilaksanakan di banyak negara.

Katanya, beliau juga antara pihak yang menggalakkan pelaksanaan GST sejak dulu lagi, namun menyarankan kerajaan merapatkan jurang pendapatan dalam kelompok berpendapatan tinggi dan rendah agar kenaikan kos sara hidup tidak dirasai semua lapisan masyarakat.

Pastikan masyarakat faham

"Sebelum laksanakan GST, pastikan masyarakat secara keseluruhan faham dan bersedia.

"Sekarang keadaan tidak seimbang kerana apabila cukai perbelanjaan dikenakan, orang yang kurang duit rasa beban yang besar.

"Sebagai contoh, kalau orang gaji RM1,000 (harga) naik 10 sen pun besar. Kalau gaji RM30,000, nilai 10 sen bagi mereka tiada apa-apa. Kita kena pastikan jurang pendapatan dirapatkan, baru boleh buat GST," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Masjid Simpang Tiga, di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai hasratnya untuk melepaskan jawatan Menteri Besar bagi penggal akan datang.

No comments:

Post a Comment