GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Turun padang perjelas GST


Publication: BM
Date of publication: May 4, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 007

Kuching: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengarahkan semua agensi di bawahnya turun padang bagi membantu memberi penerangan mengenai kepentingan dan kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam menambah baik ekonomi negara bagi jangka masa panjang.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata program pembangunan akan terus bertambah rancak selepas GST dilaksanakan tahun depan yang menekankan pemerolehan hasil adil dan sekata.

"Pihak kementerian mahu penduduk kampung faham dan maklum mengenai GST secara menyeluruh. Kefahaman berkaitan kebaikan menerusi GST perlu diterapkan, bukan hanya melihat dari sudut negatif semata-mata.

Salur balik kepada rakyat

"Sudah banyak negara lain mengambil pendekatan menggunakan cukai berkenaan demi kemajuan dalam tempoh panjang. Pemerolehan hasil cukai ini pastinya akan disalurkan balik kepada rakyat termasuk di Sarawak," katanya selepas merasmikan Program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Sarawak 2014 di Tebingan Kuching, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Naroden Majais.

Shafie berkata, beliau sudah meminta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan membantu dari sudut teknikal membabitkan penerangan berkaitan GST.

Beliau juga berkata, kementeriannya akan membelanjakan sejumlah RM1.15 bilion bagi tujuan program pembangunan prasarana di Sarawak tahun ini membabitkan 28 peratus daripada keseluruhan dana diperuntukan kepada kementerian itu.

No comments:

Post a Comment