GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Pasaran hartanah catat penurunan


Publication: HM
Date of publication: May 7, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 050

Kuala Lumpur: Kajian PropertyGuru mendedahkan pasaran hartanah tempatan berhadapan dengan cabaran pada masa ini kerana terdapat penurunan daripada aspek keinginan membeli hartanah daripada semua kategori disumbang daripada kos pemilikan rumah yang melambung tinggi.

Pengurus Negaranya bagi Malaysia Gerard Kho berkata, kepuasan rakyat tempatan terhadap iklim hartanah tempatan menurun daripada 37 peratus pada suku kedua tahun lalu kepada 32 peratus bagi suku keempat tahun sama disumbang melalui harga terlalu mahal, harga tidak munasabah berbanding syarat hartanah dan peningkatan pesat harga hartanah.

Menurutnya, pada masa ini purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia adalah pada tahap RM5,000, namun penanda aras harga hartanah mampu milik berada antara RM300,000 hingga RM600,000 disokong faktor lain seperti hutang isi rumah, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lebihan bekalan dan pembinaan di bawah risiko.

"Kesemua faktor ini membuatkan rakyat Malaysia menghadapi masalah dalam memiliki hartanah sendiri dan ia sering membelenggu setiap keputusan pembelian hartanah masing-masing," katanya pada majlis taklimat media mengenai jangkaan pasaran hartanah bagi 2014 di sini, semalam.

Beliau berkata, pemaju dan pembeli berpotensi akan menghadapi cabaran lebih besar semasa membeli hartanah kerana kerajaan dan agensi berkaitan sedang melaksanakan langkah yang sejajar dengan keadaan semasa industri hartanah tempatan seperti peningkatan CKHT kepada 30 peratus dan harga rumah RM1 juta kepada pembeli asing pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment