GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

GST tidak ganti cukai jualan di Sarawak dan Sabah

MAY 06, 2014

Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan menggantikan cukai jualan yang dikuatkuasakan di Sarawak dan Sabah, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Beliau berkata, pelaksanaan cukai jualan ke atas minyak sawit mentah (MSM) sebanyak 10% dan aktiviti perjudian 15% itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 95B (3).

"Di bawah Enakmen Cukai Jualan Negeri Sarawak 1998 dan Enakmen Cukai Jualan Negeri Sabah 1998, cukai jualan di kedua-dua negeri itu adalah hak kerajaan negeri.

"Ini bermakna walaupun GST dilaksanakan pada 1 April 2015, cukai jualan di Sarawak dan Sabah akan tetap berkuatkuasa," katanya.

Beliau berkata demikian di sidang akhbar selepas Majlis Taklimat GST Peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di Kuching hari ini. – Bernama, 6 Mei, 2014.

No comments:

Post a Comment