GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Bukan masanya GST dilaksanakan


Publication: HM
Date of publication: May 3, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 055

Ijok: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi bersetuju dengan keputusan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini.

Beliau berkata, bagaimanapun pelaksanaan cukai GST di negara ini tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan masih wujud jurang pendapatan yang ketara dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, apabila cukai itu dikenakan kelak, golongan yang berpendapatan rendah akan merasai bebanan cukai berbanding golongan berpendapatan tinggi.

"Ini adalah satu cara mengutip cukai secara menyeluruh. Perkara ini (cukai GST) juga diterima di negara maju yang lain.

"Saya adalah antara orang yang menggalakkan GST dilaksanakan tetapi bukan masanya sekarang kerana terdapat jurang pendapatan yang masih belum rapat," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Masjid Darul Ibadah, Kampung Harmoni, di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, GST sepatutnya dilaksanakan apabila keadaan pendapatan (jurang pendapatan) rakyat hampir, sebab itu sekarang kerajaan negeri sudah mula menaikkan pendapatan perseorangan tidak kurang daripada RM1,500 dan pendapatan keluarga tidak kurang daripada RM4,000.

Katanya, dengan jumlah pendapatan sedemikian, barulah rakyat `boleh hidup' di negara yang maju dan dapat menampung kegunaan serta perbelanjaan.

Beliau juga menolak dakwaan perhimpunan yang diadakan di ibu kota petang kelmarin bukan bertujuan membantah pelaksanaan GST tetapi perhimpunan berkenaan dianjurkan kerana beranggapan pelaksanaan GST April tahun depan masih belum tiba masanya.

Kelmarin, perhimpunan membantah GST dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang dianjurkan 95 badan bukan kerajaan (NGO) disertai lebih 20,000 orang.

No comments:

Post a Comment