GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


ARKIB : 02/05/2014

SEMASA dalam kerajaan dahulu, Anwar Ibrahim pernah menyetujui sistem percukaian GST.

Kini setelah berada dalam pembangkang, dia membawa keluar ribuan pengikut setianya ke atas jalan raya untuk membuat demonstrasi jalanan.

Sebenarnya itulah kegemaran Anwar sejak zaman pelajarnya sehinggalah se­karang. Dia ialah insan yang sukakan perhatian. Jika tiada perhatian, maka dia akan berduka.

Dia juga amat gembira jika tunjuk perasaan yang dilakukannya itu mendapat tindak balas polis. Jika ada tembakan bom asap lagi dia suka, kerana impaknya itu lebih hebat.

Semasa demonstrasi baju kuning dahulu, dia mendakwa ditumbuk polis sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana kecederaan.

Namun dakwaan Anwar itu hanyalah ‘silap mata’ seperti pemain bola yang buat-buat terjatuh di atas padang, untuk mendapatkan sepakan percuma atau penalti.

Dulu Anwar pernah mendakwa diracun dengan racun arsenik. Tetapi dia tetap segar-bugar sehingga kini.

Tetapi itulah perangai Anwar. Dia akan terus mempengaruhi pengikutnya, rakyat jelata waima kerajaan Amerika Syarikat sekalipun untuk mempercayai permainan politiknya. Cita-citanya hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri.

Isu GST hanyalah sampingan. Po­koknya ialah untuk menjatuhkan kerajaan. Itu pasal temanya ialah Bantai Sampai Tumbang.

Awang cukup kasihan melihat gambar-gambar orang Melayu di jalanan semalam yang semakin celaru pemikiran mereka.

Yang sedihnya ada pula kumpulan LGBT yang turut terlibat, berpekik-pekik bersebelahan dengan wanita-wanita Pas yang berpurdah hitam ala wanita Iran.

Awang - Geleng kepala.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment