GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Abdul Khalid sokong GST


ARKIB : 03/05/2014

KUALA SELANGOR 2 Mei - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau secara peribadi menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana mekanisme itu adalah langkah mengutip cukai secara menyeluruh.

Bagaimanapun katanya, sistem cukai itu hanya sesuai dilaksanakan apabila jurang pendapatan penduduk adalah seimbang.

“Secara peribadi, pada masa yang tertentu ya (sokong GST), saya adalah antara orang yang menggalakkan GST dilaksanakan tetapi sekarang bukan masanya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan kunci Masjid Darul Ibadah di Ijok di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai perhimpunan membantah GST di Dataran Merdeka semalam, Abdul Khalid berkata, mereka yang menghadiri perhimpunan itu kebanyakannya hanya tidak bersetuju jika GST dilaksanakan pada masa kini.

Perhimpunan tersebut turut disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai Mohd. Azmin yang selesa mendahului persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, Abdul Khalid berkata, beliau mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Tidak mengapa, kita lihat perkembangannya sehingga pemilihan berakhir (11 Mei ini)," katanya.

Abdul Khalid turut menegaskan beliau percaya pucuk pimpinan PKR menentang segala usaha untuk menipu dalam pemilihan parti.

Azmin pada masa ini mendapat 5,111 undi mengatasi pencabarnya Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang meraih 2,322 undi manakala Abdul Khalid berada di tempat ketiga dengan 2,228 undi.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment