GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

GST: JKKK, ketua kampung akan bantu sampai maklumat


ARKIB : 04/05/2014

KUCHING 3 Mei - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua kampung di seluruh negara akan membantu kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang benar mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beliau telah meminta bantuan Kementerian Kewangan memberikan taklimat mengenai GST kepada mereka bagi disampaikan kepada penduduk kampung dan luar bandar.

Katanya, menerusi pendedahan serta penerangan mengenai GST, mereka dapat menyampaikan maklumat yang betul dan tepat mengenai kaedah pelaksanaan sistem percukaian baharu itu kepada masyarakat lain.

"Rakyat di luar bandar perlu disa­lurkan dengan maklumat tepat me­ngenai GST supaya mereka benar-benar faham mengenainya.

"Kita tidak mahu mereka percaya dengan khabar angin atau terpengaruh dengan persepsi negatif yang cuba ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika mengulas tentang demonstrasi jalanan atas nama perhimpunan membantah GST dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Sarawak 2014, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, pembangkang sepatutnya menyokong GST yang merupakan penambahbaikan sistem percukaian negara.

Namun sebaliknya, beliau berkata, pembangkang hanya ‘pandai’ mengadakan demonstrasi jalanan semata-mata untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan.

"Banyak negara lain sudah me­laksanakan pendekatan percukaian seumpama itu.

"Kita boleh katakan apabila hasil pendapatan negara dapat ditingkatkan, maka pelbagai projek pemba­ngunan dapat disalurkan ke semua negeri," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment