GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Anjur perhimpunan jelas GST


ARKIB : 04/05/2014
Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia mencadangkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan dewan-dewan perniagaan menganjurkan perhimpunan besar-besaran bagi menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, selain memberi penjelasan mengenai cukai itu kepada rakyat, perhimpunan berkenaan juga sebagai tindak balas terhadap perhim­punan membantah GST pada Khamis lalu yang dianjur oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaan pembangkang.

"Masa sudah tiba, rakyat yang sedar dan senyap selama ini, bangkitlah mempertahankan apa yang baik untuk rakyat dan negara. Jika Perkasa buat, akan dituduh macam-macam.

"Maka wajarlah CUEPACS dan dewan perniagaan tampil menerajui ‘Perhimpunan Memperjelaskan GST’ di tempat yang sama iaitu di hadapan Dataran Merdeka. Perkasa akan memberi sokongan yang termampu demi kebaikan rakyat dan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ibrahim berkata, pembangkang hanya menjadikan perhimpunan membantah GST sebelum ini sebagai platform untuk mengelirukan rakyat selain mengambil kesempatan memburuk-burukkan kerajaan.

"Perhimpunan itu dihadiri kira-kira 95 peratus orang Melayu yang sudah tentunya ahli-ahli Pas yang tidak tahu apa-apa. Mereka dilatih untuk menentang apa sahaja dasar baharu kerajaan tidak kira membawa kebaikan atau keburukan. Apa yang mereka percaya menentang GST itu adalah jihad.

"Ahli DAP pula tak sampai lima peratus yang hadir, sungguh memalukan orang Melayu. Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula sibuk dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim," ujarnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment