GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

PM bidas pembangkang bantah tanpa kemuka alternatif


Publication: BM
Date of publication: May 4, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 006

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak membidas tindakan pembangkang menganjurkan perhimpunan menentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tanpa mengemukakan alternatif terhadap pelaksanaan dasar itu.

Perdana Menteri berkata, cara itu tidak mencerminkan pembangkang yang mewakili masyarakat, sebaliknya hanya mempolitikkan GST untuk kepentingan peribadi.

"Kalau kita fikirkan lebih 160 negara sudah melaksanakan GST. Takkan mereka salah selama ini. Pembangkang buat demonstrasi 1 Mei kerana kononnya tidak bersetuju dengan GST tetapi mereka tidak beri alternatif kepada GST," katanya pada ucaptama pelancaran Majlis Senator Malaysia, di sini, malam tadi.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Puji komitmen Dewan Negara

Mengulas peranan Dewan Negara, Najib berkata, kualiti perbahasan semua 70 senator yang dilantik menunjukkan peningkatan mendadak, selain memuji komitmen mereka walaupun terpaksa bersidang sehingga jam 12.43 tengah malam, Rabu lalu.

"Kita mahu dengar hujah yang lebih bersifat menyeluruh dan bukan sekadar pandangan daripada kepakaran individu atau kepentingan peribadi.

"Dewan Negara sewajarnya boleh mengimbangi Dewan Rakyat dengan memberikan perspektif berbeza supaya kerajaan akan dapat lebih manfaat daripada dua dewan," katanya.

Beliau turut menyatakan kesediaan mempertimbangkan kadar elaun senator dikaji semula susulan peningkatan dalam tuntutan kerja mereka.

No comments:

Post a Comment