GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Umat Islam perlu bantu kerajaan laksana GST


2 Mei 2014

KUANTAN - Umat Islam sepatutnya tidak menyalahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sebaliknya perlu ada sikap membina dan membantu kerajaan dalam menyokong usaha tersebut.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, Islam tidak melarang sistem percukaian dilaksanakan asalkan ia mengikut syarak dan tidak menzalimi rakyat.

"Kita meminta umat Islam tidak hanya menyalahkan tentang cara kerajaan mengutip cukai yang merupakan satu sistem dilakukan beberapa negara di dunia termasuk Malaysia.

"Kalau sistem (GST) itu baik dan tidak menzalimi rakyat, maka perkara tersebut dibenarkan oleh syarak," katanya kepada pemberita selepas perasmian Karnival Muamalat dan Cinta Rasul yang disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Beliau berkata, sistem mengutip cukai bukan perkara baharu, malah ia telah dilaksanakan sejak zaman Saidina Omar lagi dengan segala hasil cukai dimasukkan ke dalam Baitulmal untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Katanya kerajaan juga telah dan sedang memberikan penerangan mengenai GST kepada orang ramai supaya rakyat jelas mengenai sistem yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan. 

Menurutnya sesiapa sahaja yang mempunyai cadangan yang lebih baik daripada GST, ia sepatutnya dikemukakan kepada kerajaan dan bukan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi. - Bernama

No comments:

Post a Comment