GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

400 lagi penceramah perjelas GST


Publication: HM
Date of publication: May 2, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 018

Kuala Lumpur: Kira-kira 400 penceramah lagi terdiri daripada wakil rakyat membabitkan semua Parlimen di seluruh negara akan dilatih untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum ia dilaksanakan mulai 1 April tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, setakat ini seramai 331 penceramah yang dilantik sudah memikul tanggungjawab menyampaikan maklumat mengenai GST kepada penduduk Semenanjung dan dianggarkan 200 lagi akan dilatih Kementerian Kewangan untuk tujuan itu di kawasan sama.

Manakala di Sabah dan Sarawak, beliau berkata, pihaknya akan bergerak ke dua negeri berkenaan dalam tempoh terdekat sebelum melatih penceramah di sana bermula bulan depan dengan jangkaan 100 penceramah di Sabah dan 120 di Sarawak.

"Kita (Kementerian Kewangan) memperuntukkan RM10,000 untuk setiap Parlimen melaksanakan empat program di empat lokasi berbeza.

"Penceramah turut dibekalkan dengan dokumen serta pemacu pena yang mengandungi graf dan maklumatGST untuk digunakan dalam pembentangan multimedia bagi tujuan memudahkan rakyat memahaminya.

"Kerajaan mahu rakyat melihat manfaat GST yang mungkin dimanipulasi pihak tertentu kononnya ia membebankan walhal ia sebaliknya. Penerangan ini akan menjelaskan kepada rakyat mengenai kebaikanGST yang sudah lama dilaksanakan di kebanyakan negara termasuk Thailand, Indonesia, Australia dan Jepun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) oleh penaja utama Bank Simpanan Nasional (BSN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dan Ketua Eksekutif BSN Datuk Adinan Maning.

Dalam pada itu, pesta buku membabitkan 919 gerai dan 421 syarikat dari dalam dan luar negara itu menyaksikan kehadiran lebih 1.3 juta pengunjung pada tujuh hari pertama sehingga kelmarin sejak ia mula dibuka pada 24 April lalu.

No comments:

Post a Comment