ARKIB : 05/05/2014
PUTRAJAYA 5 Mei - Kerajaan akan meningkatkan sesi penerangan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan kepada orang ramai supaya semua pihak memahami kebaikan pelaksanaan sistem cukai itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan cukai tersebut sudah terbukti berjaya di hampir 90 peratus negara yang melaksanakannya.
"Sistem percukaian yang agresif ini boleh meningkatkan hasil negara kerana kebanyakan rakyat di Malaysia tidak membayar cukai, hanya sejuta orang yang membayarnya.
"Kalau GST sudah terbukti berjaya di negara yang melaksanakannya, sudah pasti sistem ini adil dan diterima oleh rakyatnya. Jika tidak rakyat di 198 negara sudah menolaknya," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140505/dn_28/Kerajaan-akan-tingkat-sesi-penerangan-GST#ixzz31B1CEyju
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment