GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Kerajaan tetap laksana GST - Ahmad Maslan


ARKIB : 01/05/2014

KUALA LUMPUR 1 Mei - Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 meskipun mendapat bantahan dari sesetengah pihak, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, ini kerana kerajaan sudah hampir 30 tahun membuat persiapan bagi tujuan itu.

Sambil menyifatkan perhimpunan membantah GST sebagai tidak wajar, Ahmad berkata, penganjur perhimpunan seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat mereka.

"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan", katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

GST yang dikenakan pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dikecualikan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.

Barangan dan perkhidmatan lain yang turut dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen dan perkhidmatan kesihatan.

Ahmad Maslan berkata, GST bukan perkara baharu, malah 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment