GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Kerajaan akan maksimumkan penerangan berkaitan GST kepada rakyat

APRIL 26, 2014

Kerajaan akan memaksimumkan usaha menerangkan kepada rakyat isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 11 bulan ini sebelum ia dilaksanakan pada April tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar), berkata dalam tempoh itu kerajaan akan mengambil inisiatif dalam pelbagai cara bagi memudahkan rakyat memahami bagaimana GST dapat kembali membantu rakyat di samping membangunkan negara.

"Pelaksanaan GST ini adalah baik untuk rakyat. Kita bukan berniat untuk membuat perkara yang tidak baik untuk rakyat (dalam pelaksanaan GST).

"Namun, apabila sesetengah pihak menggunakan ayat-ayat yang tidak baik tentang GST dan rakyat sendiri terkeliru. Jadi penerangan yang menyeluruh perlu," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan antara Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu dengan jentera Penerangan Umno negeri. 

Beliau berkata, rakyat tidak perlu takut dengan pelaksanaan GST kerana sekiranya terdapat lebihan kutipan cukai itu, ia akan diagihkan kepada rakyat.

Ahmad juga menyifatkan pembayar cukai "hero" dan berjiwa patriotik kerana mereka mengeluarkan sebahagian harta kepada kerajaan supaya kerajaan dapat mengagihkannya kepada rakyat yang memerlukan dengan kaedah pembangunan ekonomi. – Bernama, 26 April, 2014.

No comments:

Post a Comment