GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Perhimpunan bantah GST hanya provokasi kepada kerajaan, kata Khairy

MAY 03, 2014

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (gambar) melihat Perhimpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semalam hanya satu provokasi kepada kerajaan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata pihak penganjur bukan sahaja gagal untuk mencapai matlamat perhimpunan malah turut memberi banyak kesusahan kepada orang ramai yang mahu bercuti sempena Hari Pekerja. 

"Apa yang berlaku disebaliknya apabila peserta perhimpunan pula yang bergaduh sesama sendiri dan sanggup memukul wartawan yang pada satu ketika dahulu mereka memperjuangkan hak kebebasan media," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jambori Orang Muda (JOM) peringkat daerah Besut di Stadium Mini Kampung Raja di Besut hari ini.

Katanya kali ini kerajaan sengaja tidak menggunakan tenaga polis untuk menyuraikan perhimpunan malah mereka hanya bertindak untuk mengawal lalu lintas dan memastikan tidak berlaku kerosakkan peralatan awam.

Beliau berkata mereka yang menyertai perhimpunan jelas tidak dapat mengawal emosi dan telah bertindak di luar batasan.

Khairy turut meminta supaya kerajaan bertindak tegas dengan mengenakan tindakan mengikut undang-undang kepada penganjur perhimpunan itu yang jelas menyebabkan pelbagai pihak menghadapi masalah.

Mengenai sambutan Festival Belia Putrajaya yang akan berlangsung pada 22 Mei ini Khairy berkata ia akan dimeriahkan dengan Program Selawat Belia dengan mengundang ramai tokoh-tokoh agama dari dalam dan luar negara.

Katanya program yang akan dilangsung pada sebelah malam itu membuktikan bahawa sambutan hari belia tidak hanya akan dipenuhi dengan kegiatan-kegiatan hiburan tetapi telah diseimbangkan dengan program ilmu, kerohanian dan modal insan.

"Idea mengadakan Program Selawat Belia itu adalah ekoran daripada sambutan menggalakkan yang ditunjukkan oleh para belia semasa Program Selawat Perdana di adakan di Putrajaya baru-baru ini," katanya.

Menurutnya diharap para belia akan datang beramai-ramai pada majlis itu yang juga akan menampil beberapa tokoh agama daripada negara Timur Tengah. – Bernama, 2 Mei, 2014.

No comments:

Post a Comment