GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Khalid Ibrahim sokong pelaksanaan GST

MAY 02, 2014

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) secara peribadi menyokong pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun menganggap masanya belum sesuai.

Beliau berkata ia tidak sesuai dilaksanakan dalam tempoh terdekat berikutan pendapatan rakyat masih belum seimbang.

"Bukan masanya untuk laksanakan GST kerana keadaan pendapatan (rakyat) sekarang tidak seimbang. Apabila cukai dikenakan, orang yang kurang berduit akan berasa beban," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan kunci Masjid Darul Ibadah di Ijok di Kuala Selangor hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai perhimpunan yang membantah GST di Dataran Merdeka semalam yang turut disertai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Naib Presiden PKR R. Sivarasa dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Kunci masjid diserahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Ahmad Zahrin Mohd Saad kepada nazir masjid Mohd Ngasmawi Mufti.

Masjid itu mula dibina pada 2012 dengan kos RM5.4 juta dan ia siap pada 10 Januari lepas. – Bernama, 2 Mei, 2014.

No comments:

Post a Comment