GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

GST jamin masa depan negara dengan hasil yang mantap, kata Najib

MAY 01, 2014
Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan mampu
jamin masa depan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Gambar fail The Malaysian Insider.
Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April tahun depan mampu menjamin masa depan negara dengan hasil yang lebih mantap, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, walaupun ada pihak bercadang untuk membuat bantahan di Kuala Lumpur terhadap GST tetapi hakikatnya apabila sistem cukai itu diperkenalkan, masa depan negara terjamin.

"Kalau kita fikir secara rasional, kita faham setiap dasar kerajaan bertujuan untuk kebaikan rakyat. Jangan tengok sehari dua. Hari ini tanam benih, esok hendak buah," katanya ketika merasmikan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di Jitra, hari ini.

Najib meminta rakyat memahami nawaitu kerajaan dalam melakukan perubahan dan transformasi kerana kerajaan mempunyai rasional yang kukuh.

"Ini pengertian yang harus disedari, tidak boleh hentikan perubahan, kena diteruskan. Kalau tidak berubah maka kita akan berdepan himpitan ekonomi dan membawa kesusahan dan derita pada rakyat. Kerajaan mahu lakukan perubahan dan transformasi walaupun dipandang sebagai sesuatu yang tidak patut dan tidak perlu dilakukan," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sr Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda.

Tema tahun ini ialah Penjawat Awam Tiang Seri Negara.

Najib berkata, kerajaan yang ada tidak menjanjikan sesuatu perkara yang tidak mungkin dapat ditunaikan dan bukan hanya untuk meraih sokongan atau populariti, tanpa memikirkan kemudaratan.

"Bila hendak buat sesuatu kita timbang dengan teliti dan gunakan pertimbangan adil. Kalaulah presiden Cuepacs hendak elaun diperbaiki, gaji ditambah maknanya kita perlu kepada hasil bertambah. Dari mana hendak cari dananya kalau tidak ada hasil hendak biaya pertimbangan ini," katanya. 

Katanya, berdasarkan pertimbangan kerajaan, ia membawa kejayaan kepada negara walaupun dunia kini berhadapan krisis ekonomi.

Najib berkata, peningkatan ekonomi Malaysia adalah sederhana tinggi iaitu 4.7% pada 2013 dan tahun ini mungkin lebih tinggi sedikit berbanding tahun lalu. – Bernama, 1 Mei, 2014.

No comments:

Post a Comment