GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Lebih 500 penceramah GST dilatih beri pendedahan kepada rakyat

MAY 03, 2014

Kerajaan sedang melatih lebih 500 penceramah untuk memberi pendedahan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) secara lebih khusus kepada rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata kerajaan sedang giat mengambil pelbagai langkah proaktif memastikan semua lapisan masyarakat dapat memahami konsep GST serta cara pengenaan cukai itu terhadap rakyat.

"Memang setakat ini pemahaman rakyat berhubung GST masih rendah tapi kerajaan sedang melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan pemahaman mereka," katanya kepada pemberita selepas Program Wacana Penerangan Umno Selangor Siri 1 di Shah Alam hari ini.

Ahmad berkata sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi, pelaksanaan GST sebenarnya dapat membantu memperbaiki sistem percukaian sedia ada menjadi lebih telus, berkesan dan cekap selain meningkatkan daya saing negara.

Jelasnya, pelaksanaan GST itu membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat, peniaga serta negara dan bukannya seperti tohmahan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno turut meminta Umno bahagian di seluruh negara menganjurkan program wacana penerangan bagi membolehkan para anggota parti mendapat maklumat sahih berhubung isu semasa. – Bernama, 3 Mei, 2014.

No comments:

Post a Comment