GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 21, 2013

Usia kereta: Kerajaan mahu rakyat kerap bayar GST?


Harakahdaily, 20 Nov 2013

KUALA LUMPUR: Jawapan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussin bahawa kerajaan mungkin perlu menggunakan cadangan yang sedia ada di samping mencari mekanisme untuk tidak membebankan rakyat dilihat menguatkan lagi spekulasi bahawa keputusan untuk melaksanakan had jangka hayat kereta sudah hampir dibuat.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata alasan bahawa dasar ini perlu dilaksanakan demi keselamatan rakyat di jalan raya dilihat dangkat apabila tanpa disertakan bukti yang kukuh bahawa majoriti kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kenderaan yang berusia lebih 12 tahun. 

"Tidak ada satu keterangan saintifik dan empirikal pun setakat ini yang menunjukkan risiko kereta yang berusia 12 tahun naik mendadak berbanding kereta yang berusia 11 tahun.

"Malah, dalam keadaan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi kemalangan seperti keadaan jalanraya yang tidak selamat, papan tanda yang mengelirukan, sikap pemandu yang tidak berwaspada, sistem penggajian pemandu bas yang tidak mementingkan keselamatan dan lain-lain – alasan untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta demi keselamatan jalanraya nampak remeh dan tidak ikhlas," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu lagi, beliau mengesyaki bahawa alasan sebenar BN mahu melaksanakan had jangka hayat kereta adalah untuk mengutip cukai GST yang bakal dilaksanakan. 

"Setiap urusniaga pembelian dan penjualan kereta (baru atau terpakai) akan dikenakan GST, maka lebih kerap rakyat bertukar kereta lebih banyaklah GST yang akan dikutip.

"Rakyat yang majoriti mengundi PR (52%) terus dihukum oleh kerajaan minoriti BN melalui dasar-dasar yang menambahkan beban sara hidup demi membiayai keborosan dan ketirisan BN," tegasnya.

No comments:

Post a Comment