GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 18, 2013

Pastikan maklumat betul


Publication: HM
Date of publication: Nov 15, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 061
Byline / Author: Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pemantau Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dibentuk sebelum hujung tahun ini dengan perjumpaan pertama akan dilakukan sejurus selepas itu.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, jawatankuasa berkenaan dijangka akan dianggotai menteri dari kementerian berkaitan, agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO) termasuk orang awam bagi memastikan maklumat berkaitan GST dapat disampaikan dengan betul.

"Kerajaan sedia maklum bahawa maklumat mengenai GST masih belum sampai ke peringkat rakyat dan menimbulkan banyak salah faham.

"Maka, kita akan pastikan jawatankuasa ini berfungsi untuk menyalurkan maklumat relevan mengenai GSTsebelum ia mula dilaksanakan pada April 2015," katanya selepas merasmikan forum bertajuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST): Adakah Rakyat Malaysia Bersedia? anjuran akhbar New Straits Times (NST) melalui sisipan Business Times di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid.

Menurutnya, kerajaan juga akan memastikan Menteri Besar setiap negeri memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat di peringkat negeri khususnya kepada rakyat yang masih belum faham kaedah pelaksanaan GST.

"Kita akan pastikan Menteri Besar dapat membantu menyampaikan maklumat mengenai GST kepada rakyat di negeri masing-masing dan ia boleh mula dilakukan selepas tamat sidang Parlimen kelak," katanya.

Dalam pada itu, Husni berkata, kerajaan turut menegaskan kadar enam peratus yang ditetapkan untukGST adalah masih rendah berbanding 160 negara lain yang sudah melaksanakan GST.

"Selain kadar yang rendah, kerajaan juga menyediakan pelbagai pakej untuk memastikan rakyat daripada golongan sederhana dan rendah tidak terbeban dengan pelaksanaan GST.

"Ini adalah sebahagian daripada manfaat yang kita terima hasil daripada melihat pelaksanaan GST di 160 negara yang membolehkan kerajaan mengenal pasti kekurangan yang mungkin berlaku dan bersedia dengan rancangan untuk menampung kekurangan berkenaan," katanya.

No comments:

Post a Comment