GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 18, 2013

Harga kereta lebih rendah menerusi GST



2013/11/16 - 04:12:41 AM

Sektor automotif negara bakal mendapat manfaat menerusi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula April 2015.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata GST sebanyak enam peratus yang akan menggantikan cukai jualan 10 peratus sekarang secara logiknya akan mengurangkan harga kereta. 

"GST adalah sistem percukaian yang terbaik dan manfaat pelaksanaannya akan dapat dinikmati oleh sektor automotif. 


Pelaburan langsung asing (FDI) bagi sembilan bulan turut mencatat pertumbuhan positif sebanyak 8.7 peratus kepada RM27.6 bilion" Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
"Secara dasarnya pelaksanaan GST akan mengurangkan harga kereta, namun jumlah sebenarnya akan diumumkan agensi berkaitan seperti Perbendaharaan dan Kastam Diraja Malaysia," katanya selepas melawat Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS13), semalam.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad dan Ketua Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan yakin rumusan Dasar Automotif Nasional (NAP) akan dapat diselesaikan menjelang hujung tahun ini sebelum dibentangkan pertengahan Januari depan.

Sehubungan itu, beliau berkata, pelepasan cukai 100 peratus yang diberikan kepada kenderaan hibrid dan elektrik yang akan berakhir pada 31 Disember ini akan diteruskan hingga pengumuman struktur cukai baru untuk kenderaan berkenaan diumumkan. 
“Mereka sedang merumus penyelesaian. Namun kita jangka pelepasan semasa akan diteruskan hingga dasar baru diumumkan nanti,” katanya. 

Sementara itu, mengulas pengumuman Bank Negara Malaysia berhubung pertumbuhan ekonomi suku ketiga tahun ini, Mustapa berkata, sektor pelaburan swasta melonjak 15.2 peratus kepada RM43 bilion walaupun berdepan dengan persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.

Katanya, pertumbuhan positif itu menyaksikan pelaburan swasta Malaysia meningkat dua angka, pencapaian terbaik sejak suku keempat 2011.
“Ia berada pada landasan kukuh untuk melepasi sasaran tahun ini iaitu RM165 bilion,” katanya. 

Mustapa berkata, pelaburan langsung asing (FDI) bagi sembilan bulan turut mencatat pertumbuhan positif sebanyak 8.7 peratus kepada RM27.6 bilion daripada RM25 bilion yang direkodkan pada suku sama tahun lalu.

No comments:

Post a Comment