GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 21, 2013

Kenaikan minyak belum membebankan


| November 8, 2013

Kenaikan minyak malah harga barang, itu perkara biasa dan seluruh dunia berdepan masalah tersebut

KUCHING: Kenaikan minyak sebanyak 20 sen dan pemotongan subsidi gula baru-baru ini oleh kerajaan mendapat reaksi berpanjangan daripada majoriti rakyat Malaysia.

Namun begitu, bagi warga Sarawak khususnya, mereka berpendapat hal tersebut belum mendatangkan kesan yang mendalam bagi mereka.

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April 2015 juga merupakan hal biasa yang dialami.

“Kenaikan minyak sebanyak 20 sen bagi saya belum membebankan,” ujar Mohamad Bujang ketika ditemubual mengenai kesan kenaikan minyak baru-baru ini.

“Saya sudah 26 tahun hidup, rasanya tidak terbeban,

“Kenaikan minyak malah harga barang, itu perkara biasa dan seluruh dunia berdepan masalah tersebut, kerajaan beban, kita tolong mereka,” tambah beliau

Seperti yang sedia maklum, kenaikan minyak menurut kerajaan sebagai satu langkah rasionalisasi subsidi, mengurangkan kebergantungan rakyat kepada subsidi kerajaan dan menjimatkan pendapatan kerajaan sebanyak RM1.1 bilion setahun.

Pemotongan subsidi gula pula menurut pemerintah merupakan satu langkah kerajaan mengurangkan masalah kencing manis yang dihidapi rakyat Malaysia.

Sementara itu, Akmal Firdaus pula menambah bahawa pelaksanaan GST pula merupakan cukai biasa yang dikenakan kerajaan bagi menambah baik pembangunan negara.

“Mengenai GST… Siapa mahu bekerja secara percuma? Kerajaan laksanakan itu demi kebaikan rakyat,

“Kami tidak terbeban, jika terbeban… Apa boleh buat?,” soal beliau

GST apabila dilaksana, dapat memberi pendapatan kepada negara sebanyak RM27 bilion setahun.

NGO Islam iaitu Yayasan Dakwah Islam Malaysia melalui Ashraf Wajidi Dusuki memetik kenyataan bahawa rakyat perlu mengawal nafsu berbelanja, dan jangan meruungut tentang harga barang naik.

“Kesederhanaan merupakan salah satu prinsip utama dalam Islam bila berbelanja dan orang-orang yang ‘kategori iman tinggi’ adalah orang yang tidak boros,” tegas beliau

No comments:

Post a Comment