GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 21, 2013

MCA BTR bantah kenaikan cukai taksiran DBKL


ARKIB : 20/11/2013

Chew Yin Keen (duduk tengah) bersama ahli jawatankuasanya menunjukkan surat
bantahan cadangan kenaikan cukai taksiran DBKL semasa sidang akhbar di
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR 19 Nov. - MCA Bahagian Bandar Tun Razak (BTR) hari ini mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian dan membatalkan sebarang cadangan mengenai kenaikan cukai taksiran.

Pengerusinya, Datuk Chew Yin Keen berkata, cadangan tersebut tidak perlu diteruskan kerana perkara itu telah membangkitkan kemarahan orang ramai terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurutnya, cadangan kenaikan cukai sebanyak 230 hingga 270 peratus itu dianggap melampau memandangkan terdapat cara lain yang boleh dilakukan DBKL untuk menyerap cukai tersebut.

"Cukai tersebut tidak perlu dinaikkan kerana DBKL mengumumkan pihaknya mempunyai lebihan bajet sebanyak RM217.7 juta dalam kos operasi dan pendapatan ketika membentangkan Bajet DBKL 2013, tahun lalu.

"Tambahan pula, kenaikan cukai itu tidak kena pada masanya ekoran Kerajaan Persekutuan turut mengumumkan pengurangan subsidi gula dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 1 Oktober lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya akan menilai semula cukai taksiran terhadap 500,000 pegangan unit hartanah di ibu negara selepas 21 tahun tidak dilakukan.

Yin Keen berkata, pihaknya akan melaksanakan kempen mengumpul tandatangan bagi membantah cadangan tersebut bermula hari ini sebelum dihantar kepada DBKL pada 17 Disember depan.

"Kami menyasarkan sebanyak 10,000 tandatangan warga Bandar Tun Razak yang tidak bersetuju dengan penilaian semula itu yang seterusnya akan menyebabkan nilai cukai taksiran dinaikkan," katanya.

Ujarnya lagi, DBKL sepatutnya melaksanakan sesi dialog atau pendengaran awam bersama warga kota sebelum mengemukakan cadangan tersebut.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment