GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 22, 2013

GST sumbang RM21 bilion



Antara barangan asas yang dikecualikan cukai barang dan perkhidmatan ialah
beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dal, rempah ratus, ikan masin,
cencaluk, budu dan belacan. - GAMBAR HIASAN
SHAH ALAM 21 Nov. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menjangka untuk mengutip tambahan RM5 bilion hingga RM6 bilion dalam cukai setahun sebaik sahaja cukai barang dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada 2015.

Timbalan Pengarah Kanan (Bahagian GST), Mohd. Sabri Saad, berkata GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sekarang, yang menyumbang antara RM16 bilion dan RM17 bilion dalam pendapatan kepada kerajaan setiap tahun.

Beliau berkata, pada keseluruhannya GST dijangka menyumbang kira-kira RM21 bilion kepada kerajaan.

"Perlaksanaan itu sepatutnya tidak membebankan rakyat kerana ia bukan cukai baharu tetapi menggantikan SST. Hanya barang dan perkhidmatan yang tidak dicukai sebelum ini akan mendapat kesan satu kali dari segi harga," kata Mohd Sabri.

Mohd Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat GST oleh Kastam Diraja Malaysia, Wilayah Persekutuan untuk media dan wakil daripada Persatuan Pengguna Malaysia dan persatuan artis Seniman.

Beliau berkata selepas perlaksanaan GST, Indeks Harga Pengguna (IHP) dijangka meningkat sedikit.

Sebagai sebahagian daripada program reformasi cukai kerajaan, GST adalah lebih cekap, berkesan, mesra perniagaan, telus dan berupaya menjana lebih banyak sumber perolehan yang stabil, kata beliau.

Mengenai isu peningkatan harga akibat pengambilan untung, Ahmad Sabri berkata, kerajaan akan menggunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 untuk mengekang masalah ini.

"Program kesedaran akan dilaksanakan ke atas GST dan bimbingan pembeli akan dikeluarkan tiga bulan sebelum pelaksanaan GST," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment